Tuesday 25 March 2014

GA GUDBYE by DEDEQ


Jemput semua join GA by Dedeq. hadiah punyaa laa lumayan. di sebabkan hadiah hadiah yang disponser oleh beliau tu yg mnyebabkan sy mau join. kikikii/ nak tahu jgk ape hadiah nye ? klik banner tu sayangg .






Monday 17 March 2014

17 Mac 2014 : Berita Terkini Pesawat MAS MH370 Hilang

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada isnin 17 Mac 2014. Misi pencarian MH370 kini sudah memasuki hari ke-10. Operasi mencari dan menyelamat secara rasmi memasuki fasa baru apabila kawasan pencarian semakin diperluas melibatkan dua koridor iaitu utara dan selatan.


 hari-10

Fasa Baru Operasi Mencari Dan Menyelamat MH370

Usaha fasa baru lebih rumit dengan kawasan carian dua koridor. Pencarian kini turut diperluas dengan penyertaan lebih banyak negara yang terlibat untuk membantu pencarian MH370. Fokus carian masih lagi diantara dua koridor iaitu koridor utara dan selatan. Pencarian MH370 yang hilang sejak sabtu lalu juga akan memakan masa kerana membabitkan kawasan yang luas.

fasa

Peta Carian Dua Koridor MH370

Berikut adalah peta mengenai fokus terkini carian MH370 diantara dua koridor melibatkan koridor utara dan selatan.

fasa-baru

MAS Tukar Nombor Pertanyaan Khas Untuk Keluarga Penumpang MH370

Pihak MAS menerusi kenyataan rasmi sudah menukar talian panggilan khas informasi kehilangan MH370 khusus untuk keluarga dan krew penerbangan MH370 sahaja. Nombor talian khas itu akan berkuat kuasa mulai tengah hari 17 Mac 2014.

MAS

Negara Sertai Pencarian MH370 Bertambah
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 239 penumpang dan anak kapal MH370 kini memasuki fasa baharu apabila diperluaskan secara rasmi ke dua koridor. Malaysia juga sudah menghubungi negara di dua koridor berkenaan bagi membantu mengesan MH370. Antara negara terbabit termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis untuk meminta kerjasama mengenai kaedah terbaik menghantar aset ke dua koridor terbabit.

http://www.melvister.com/wp-content/uploads/2014/03/lakaran.jpg







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2012 © Reserved to Bieysha Story Design By Cik Nurfarah