Friday 28 June 2013

Gambar Proton Saga SV. harga RM33, 438. Bayaran bulanan RM250 Sahaja. Kereta Mampu dimiliki. Berminat ?

Proton Saga SV


Proton Saga SV : Harga Proton Saga SV RM33,438. Bayaran bulanan RM250? Wah…hebat. Tetapi persoalannya sampai bilakah bayaran bulanan serendah untuk model kereta Proton SV mampu bertahan untuk ditanggung kalangan pembeli yang “bertuah” itu? Dan tempoh pinjaman selama berapa tahun? 9 tahun? 12 Tahun?
Haha…tak agak-agak iklan Proton kali ini bagi melariskan model Proton Saga SV kali ini. Moga-moga lebih ramai prospek pelanggan yang masuk dalam “kantung” mereka.
Kepada kalangan adik-adik yang tercari-cari kereta baru, itu terpulang kepada anda. Hak anda, keputusan anda :
Proton Saga SVSebelum itu, buatlah sedikit kira-kira sebelum mengambil keputusan untuk membelinya supaya tidaklah annti selepas setahun akan menyebabkan berlakunya lambakan stok-stok kereta tidak sampai setahun, tetapi tersadai di stor “repo” kereta menunggu untuk dilelong.
Contohnya? Di sini :
=> http://g-mart.my/auction.html
Memang banyak. Cukup sahaja 2 bulan 21 hari, bank keluarkan notis jadual 4 dan repomen pun datang rumah/pejabat untuk tarik kereta-kereta yang “bertuah itu” :
Jikalau pemilik kereta gagal bayar “installment” yang tertunggak (biasanya 3 bulan) + cost repo (sekitar RM400) + kos simpanan di stor dalam tempoh masa 21 hari kepada pihak bank, maka kereta tersebut akan dilelong. Dan banyak model, model kereta Proton Saga FLX yang paling banyak di dalam stor itu.
Dan Berita Semasa ceritakan ini semua bukannya mahu menakutkan sesiapatetapi sebagai peringatan. Ini kerana secara realitinya setiap minggu ada sahaja kereta yang dilelong dan setiap hari ada sahaja kereta yang “kantoi” bayar bayaran bulanan kereta kepada bank dan setiap harilah juga akan ada kereta yang masuk stor repo. Dan kami tidak mahulah kalangan adik-adik & pembaca Berita Semasa termasuklah dalam kumpulan seperti ini.
Maaf Proton. Kami lebih sayangkan pembaca Berita Semasa (rakyat Malaysia aka pengguna) berbanding kapitalis seperti anda Proton.
Harga kereta Proton Saga SV serendah RM33,888. Sebulan bayar RM250, “downpayment” berapa pula? 20%? 25%? 30%?

3 Gambar Proton Saga SV (Super Value)

Hati kecil Berita Semasa kuat merasakan bayaran bulanan Proton Saga SV akan terus meningkat setiap tahun. Contohnya?
  1. Installment Proton Saga SV : tahun 1 & 2 (RM250)
  2. Installment Proton Saga SV : tahun 3 & 4 (RM350)
  3. dan seterusnya akan terus meningkat…….
  4. Belum masuk kos penyelenggaraan + insurans + campur utang + bunga bank + minyak + tol + saman AES
  5. Jikalau tidak bayar tidak mengapa, repomen sedia menjalankan tugasnya.
  6. Kemudian berpotensi bermasalah dengan pihak bank di masa akan datang, akhirnya tergendala pelan di masa akan datang pembelian rumah yang jauh lebih penting
Semakin susut nilai kereta, semakin mahal bayaran bulanan kereta Proton Saga SV. Skim seperti ini dipelopori oleh Kumpulan Naza selama ini. Sepertimana di zaman KIA Spectra dahulu, bayaran bulanan meningkat setiap tahun……
Sepatutnya sebagai seorang pelajar ada baiknya beli kereta “second hand”. Sekurang-kurangnya kadar susut nilai kereta ditanggung oleh pembeli pertama.
Proton Saga SV

Harga Kereta Proton Malaysia VS Arab Saudi

  • Harga Proton Waja di Arab Saudi (SAR37,950 = RM30,650)
  • Harga Proton Persona di Arab Saudi (SAR36,100 = RM29,150)
  • Harga Proton Gen2 di Arab Saudi (SAR33,600 = RM27,130)
  • Harga Proton Waja di Malaysia (SAR37,950 = RM30,650)
  • Harga Proton Persona di Arab Saudi (RM44,999 – RM50,800)
  • Harga Proton Gen2 di Arab Saudi (RM46,899 – RM55,933)
Berbeza bukan harganya?
Rakyat di negara GCC/Arab hanya perlu membayar pada harga yang cukup rendah di sana kerana di negara mereka, tiada cukai kereta dikenakan. Berlainan pula di Malaysia, kita ada :
  • Cukai import
  • Cukai eksais
  • Cukai jualan
proton saga svContohnya, Perodua Myvi dijual sekitar RM46,000 di Malaysia tetapi harga sebenarnya adalah RM24,860. Manakala, harga kereta Proton Preve CFE dijual pada harga RM73,000, walaubagaimanapun harga sebenarnya adalah serendah RM39,360. Selebihnya adalah CUKAI yang masuk dalam poket ___________________!!
Rakyat Malaysia bukan mahu dibuatkan khas apa yang dinamakan “kereta mampu milik” sepertimana pelancaran Proton Saga SV ini. Yang rakyat mahukan sebenarnya adalah harga kereta diturunkan, dengan mengurangkan cukai kereta di Malaysia.
“Untuk kurangkan harga kereta turunkan cukai kereta bukan kurangkan kualiti kereta”
Contohnya :
  • Proton Persona “High line” berharga RM61,000 semasa dilancarkan
  • Maksud turunkan di sini, keluarkan kereta yang sama spesifikasinya tetapi dijual pada harga RM57,000 & RM55,000
  • Bukannya keluarkan Proton Persona baru kemudian kurangkan pelbagai spesifikasi, semata-mata mahu dijual pada harga murah
  • Memang patut pun murah, jikalau pelbagai spesifikasi dibuang

Proton Saga SV : Bayaran Terus Meningkat!!

Berita Semasa baru balik daripada showroom. Berita Semasa dimaklumkan oeh jurujual yang ditemui :
  • Bayaran Proton Saga SV RM250 untuk tahun pertama sahaja, tahun 2 & tahun 3 (RM320), tahun 4 & 5 (RM410), Tahun 7, 8, 9 (RM430), Bayaran akhir (RM391.82)
  • Akhirnya akan terus meningkat kepada bayaran sejumlah RM450 ke atas sehingga mencecah RM500.
  • Handling fee – RM600, OTR solid – RM33,438, OTR Metallic – 33,888
  • VRS rate – 3.98%, Jumlah pinjaman (fixed) – 90%, Jenis pinjaman – konvensional, Panel bank – Maybank & Ambank
  • Dalam pada masa yang sama, beberapa aksesori Proton Saga SV yang di “kecilkan” nilainya contohnya (coil mat, door visor, 1st aid kit, luggage tray, tint film, safety triangle, trunk lid cover, muffler cutter, jumper cable)
  • Radio pun nak didowngrade tanpa fungsi dan pelbagai lagi aksesori lain
Dan secara kesimpulan, Berita Semasa merasakan proton Saga SV bukannya kereta mampu milik tetapi kereta ___________. Apa pandangan anda pula dengan pelancaran modle kereta Proton Saga SV kali ini?

Sumber : by STAFF BERITA SEMASA

Pembunuh Dirang dihukum gantung sampai mati

TERTUDUH, Muidin Maidin dibawa ke Mahkamah Tinggi bagi dibicarakan atas dakwaan membunuh kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang di Johor Bahru hari ini. - UTUSAN


JOHOR BAHRU 28 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang buruh kontrak selepas didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Muidin Maidin, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac tahun lalu ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhamprain rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar pada 12 Mac tahun lalu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130628/ma_04/Pembunuh-Dirang-dihukum-gantung-sampai-mati#ixzz2XUAt2uN2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Zakat fitrah di Pahang kekal RM7 seorang tahun ini

KUANTAN 28 Jun - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) menetapkan kadar zakat fitrah kekal sebanyak RM7 seorang atau segantang beras tahun ini.
Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, kadar itu ditetapkan selepas Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah memperkenankan kadar bayaran zakat tersebut. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130628/dn_22/Zakat-fitrah-di-Pahang-kekal-RM7-seorang-tahun-ini#ixzz2XUA0tcUB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 16 June 2013

Tribute Proparodi Miss Propa Buat Seniwati Latifah Omar

Tribute Proparodi Miss Propa Buat Seniwati Latifah Omar

KUALA LUMPUR, 14 JUN 2013: Pemergian Seniwati Latifah Omar akibat ulser usus pada tanggal 9 Jun lalu, benar-benar memberikan kesan buat kita semua terutama yang penah membesar dengan filem-filem lakonan beliau.

Antara yang cukup mengesankan adalah Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul.

Menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sekitar jam 6.19 petang, Allahyarhamah Latifah Omar tutut mempunyai hero gandingan yang cukup serasi dengannya di layar perak. Hero itu tidak lain tidak bukan adalah seniwan arwah Nordin Ahmad.

Bagi memperingati pemergian seniwati Latifah Omar, Miss Propa menerusi ruangan ini telah menerbitkan video proparodinya yang mengandungi babak-babak menarik Latifah Omar di dalam filem Bawang Putih Bawah Merah,

Apakah yang dilakukan oleh Miss Propa di dalam video proparodinya itu? Jom tengok video di bawah ini.




by : Murai

Penerbangan sulung Malindo Air mendarat di Miri

MIRI, (Bernama) -- Penerbangan sulung Malindo Air menggunakan pesawat Boeing 737-900ER, dari Kuala Lumpur ke Miri selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri pada 10.20 pagi ini.
Syarikat penerbangan hibrid pertama Malaysia itu mengambil masa dua jam 10 minit dan akan terbang setiap hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Miri pada pukul 8.10 pagi, manakala dari Miri ke KLIA pada 11.05 pagi.
Menteri Muda Komunikasi dan Pembangunan Infrastruktur Sarawak Datuk Lee Kim Shin bersama beberapa pegawai kanan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyambut ketibaan 150 penumpang pertama termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy, Pengarah Kewangan dan Korporat Industri Aeroangkasa dan Pertahanan Nasional (Nadi) Datuk Mohamad Sham dan 18 anggota media.
Malindo Air yang memulakan operasinya pada 22 Mac, menawarkan satu penerbangan setiap hari ke Miri dengan hiburan penerbangan percuma, snek dan 20kg bagasi bagi kelas ekonomi dan 30kg bagi kelas perniagaan. Malindo Air ialah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia dan merupakan usaha sama antara Nadi dari Malaysia dan Lion Air dari Indonesia.

Lirik Lagu Pink Ft. Nate Ruess- Just Give Me a Reason


Pink - Just Give Me A Reason

Pink:
Right from the start
You were a thief you stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren’t all that pretty
And with every touch you fixed them
Now you’ve been talking in your sleep
Things you never say to me
Tell me that you’ve had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit’s enough
Just a second we’re not broken just bent
And we can learn to love again
It’s in the stars
It’s been written in the scars on our hearts
We’re not broken just bent
And we can learn to love again

Nate Ruess:
I’m sorry I don’t understand where all of this is coming from
I thought that we were fine

Pink:
Oh we had everything

Nate Ruess:
Your head is running wild again
My dear we still have everything
And its all in your mind

Pink:
Yeah but this is happening

Nate Ruess:
You’ve been having real bad dreams
Oh oh
You used to lie so close to me
Oh oh

Both:
There’s nothing more than empty sheets
Between our love, our love, oh our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit’s enough
Just a second we’re not broken just bent
And we can learn to love again
It’s in the stars
It’s been written in the scars on our hearts
We’re not broken just bent
And we can learn to love again

Nate Ruess:
I never stopped
You’re still written in the scars on my heart

Both:
Your not broken just bent and we can learn to love again

Pink:
Oh tear ducts and rust

Nate Ruess:
I’ll fix it for us

Pink:
We’re collecting dust but our love’s enough

Nate Ruess:
You’re holding it in

Pink:
You’re pouring a drink

Nate Ruess:
No nothing is as bad as it seems

Pink:
We’ll come clean

Both:
Just give me a reason
Just a little bit’s enough
Just a second we’re not broken just bent
And we can learn to love again
It’s in the stars
It’s been written in the scars on our hearts
We’re not broken just bent
And we can learn to love again

Just give me a reason
Just a little bit’s enough
Just a second we’re not broken just bent
And we can learn to love again
It’s in the stars
It’s been written in the scars on our hearts
We’re not broken just bent
And we can learn to love again

Pink:
Oh we can learn to love again
Oh we can learn to love again
Ohhh
That we’re not broken just bent
and we can learn to love again.


Jenazah mangsa insiden runtuhan penebat kilat selamat dikebumikan

GEORGE TOWN, (Bernama) -- Jenazah Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia akibat ditimpa serpihan konkrit penebat kilat di Menara Umno yang terjatuh dalam kejadian angin kencang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di sini selepas solat Asar hari ini.
Sementara itu, abang ipar Allahyarham, Mohd Mohideen Mohd Syeriff, 54, berkata dia terkilan kerana hasrat adik iparnya yang berasal dari Chennai, India untuk menyambut Ramadan di kampung halamannya tidak kesampaian.
"Adik ipar ada kata kepada saya dia nak balik Julai ini dan sambut Ramadan bersama keluarga di sana. Lagipun dia belum pernah pulang ke India sejak bekerja di sini selama dua tahun," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini.
Semasa kejadian lewat petang semalam adik iparnya itu yang bekerja sebagai kelindan lori gas bekerja lebih masa untuk mengumpul wang lebih untuk pulang ke kampungnya nanti, katanya dengan sayu dan menurutnya biasanya Allahyarham pulang ke rumah 5 petang.
Mohd Mohideen yang merupakan warga Malaysia berkata Allahyarham seorang yang ringan tulang dan sering membantu di gerai supnya di Padang Brown di sini. 
Pada 6.45 petang semalam, lori yang dinaiki Jahir dihempap penebat kilat di atas bangunan Menara Umno di Jalan Macalister di sini dalam kejadian angin kencang, mengakibatkan kepalanya cedera parah manakala pemandu lori itu cedera ringan.
Jahir disahkan meninggal dunia sebaik tiba Hospital Pulau Pinang dan meninggalkan seorang isteri, Siti Thaj Nisa, 42, dan dua anak perempuan, Benazir, 19, dan Femina, 8.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd Adzmi Ariffin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berkata syarikat itu selaku pemilik bangunan Menara Umno akan menghulurkan bantuan termasuk kewangan kepada keluarga Allahyarham.
By : MyLaunchpad


Aishwarya Rai takes KL by a storm for Longines!

Aishwarya-Rai-takes-KL-by-a-storm-for-Longines/

KUALA LUMPUR, (MLP) – Pavillion Kuala Lumpur was in a frenzy as Bollywood royalty and Longines brand ambassador, Aishwarya Rai Bachchan was in town Friday to launch the first Longines flagship boutique.

Based in the Swiss town of St. Imier since 1832, designer watch brand, Longines is well known for their timeless and sophisticated designs when it comes to watches, catering for both men and women who want to be stylish yet live hectic day to day schedules. The perfect watch for today’s urbanites proves to be sophisticated, practical and can be worn on any occasion with any outfit.

Upholding the brand motto of “Elegance is an attitude”, Aishwarya Rai Bachchan has represented Longines for more than 12 years, and it isn’t difficult to see why.

The former beauty queen hardly looked tired from her flight and excruciatingly tight schedule, entertaining interviews the second she landed in KL, glowing in her lime green traditional dress and perfectly coiffed do, looking every inch the beauty queen she is well known around the globe to be.

If you too are a multitasking superwoman like Aishwarya Rai, then perhaps the new Longines boutique is the right starting point to search for the right watch to suit your style and persona. 

As infamous fashion designer Coco Chanel frequently says, "Fashion fades, yet style is the same."  





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2012 © Reserved to Bieysha Story Design By Cik Nurfarah