Monday 30 April 2012

Segmen Jom Mengeratkan Silaturrahim Da Tamat

Assamualaikum semua . hohoho ~ okei now tanpa banyak ckp sha mau bilangg sama lu olang yg segmen jom mengeratkan silaturrahim da tamat maa ~ hikhok . and sha pon da heboh hebohh sama stu website sruh follow ini blogg ma . hikhok .

Korang taw tak segmen apa nie ? Haa nie haaa ~ segmen nie la yg sha mksudkan nye > Tekan Sini Sygg <
tu la yg sha mksugkan . Okei di bawah nie ada senarai nama nama blogg yg da join segmen nie . korang follow la k . insyaALLAH diarang pon akan follow korang . even korang nk letak link blog korang kt  entry nie pon blh . sha x kisah :)

- Farahin Izatti

- Niji

- Putry Shana

- Youngminnie

- Arenis

- Epylalala

- Aizat

- Eurika 

Follow lAa deorang :) insyaALLAH diorang pon akan follow korang balik . 

Friday 27 April 2012

Tutorial Status Box

Sekali lagi tutorial sha pada hari jumaat nie . hikhok . rajin punya rajin la hari nie :D hikhok ~ xsabar rasa nak pergi shopping barang nk pergi KLMU esk . hihi . 12.5.2012 myB sha da susah da nk on9 fb or nk berblogging lg . yerla kan , da start nk belajar . sha amik course Fesyen . Hee ~ :)

Okei hari nie sha nk buat tuto tentang Status box ? nak tahu apa tu ? try la dlu sygg , kot kot berkenan ker . even tak berkenan boleh delete terus jer :) oeki tengok step bwh nie .

1.Dashboard > Design > Page Elements > Add A gadget > Html/JavaScript

2. Copy kod di bawah nie k , then paste kan di dalam kotak html tadi tu .


<center style="text-align: center;"><span class="Apple-style-span" style="color: #f5f5f5; font-family: Impact;"><b>Status Terbaru</b></span></center>
<div style="Background-image:url(URL Background); repeat; padding: 3px; border:1px solid;"><center><marquee>Ayat Anda </marquee></center>
</div>

Note : Yang warna merah tu korang tukarkan dengan Tajuk korang k
            Yang warna Biru tu korang boleh tukarkan dengan URL background korang k .
            Yang warna pink tu plk adalah status korang k .

Faham ? x faham tanya sha k .

Tutorial Tukar Font Blog

Assalamualaikum para blogger . hikhik  HAa  tengok nie , sha da ubah tem[late da . Yang asal template Washed Denim . And sekarang template Simple Template . Cantik x ? hikhok . Prasan nyer koe sha . haha !

Btw da lama rasa sha tak buat tuto kan ? hEe ~ yerla ashik duk edit blog jer , mana sempat nak buat tuto an :)
Okei , hari nie sha nak buat tuto tukar font blog . So korang nak cuba tak ? okei tengok step bawah nie k .

1.Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget .

2.Tekan Ctrl+F then korang cari kod di bawah nie k .

post tittle : h3.post-title, .comments h4 { atau .post-title {atau .post h3 {sidebar : h2 {
blockquote : .post blockquote {post footer : .post-footer {tulisan blog : .post-body {date header : .date-header {


3. Then korang copy kod di bawah nie and paste kan di bawah kod di bawah kod yang korang nak ubah tu k 

font-family: Font Korang 



4.Contoh korang boleh tengok kat bawah nie k .

date header : .date-header {  
font-family: Font Korang 


5.Faham ? x faham tanya sha k :)

Tuesday 24 April 2012

The Red Warriors cemas


Image © Arep Kulal 
Pemain Kelantan Daud Su Jamaludin mengasak pemain Singapura Lion XII dalam perlawanan Liga Super di Stadium Jalan Besar Singapura. (Gambar arkib).

KUALA LUMPUR, (D5) - The Red Warriors menerima perkhabaran berita buruk selepas kehilangan dua pertahanan menjelang pertemuan dengan Kedah pada pusingan kedua separuh Piala FA, 1 Mei ini.
Dua tonggak pertahanan tersebut ialah S. Subramaniam dan Mohd Daudsu Jamaluddin, masing-masing telah digantung perlawanan.
Selain penggantunggan, Kelantan juga berdepan jadual perlawanan ketat kerana akan terlibat dalam saingan Piala AFC sebelum turun bertemu Kedah nanti.
Lebih memburukkan keadaan lagi ialah Kedah kini memiliki kelebihan gol ditempat lawan selepas seri 1-1 di Kota Bharu tempoh hari.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim mengakui kekurangan yang dimiliki mereka dan berharap nasib kali berada di pihak mereka.
"Jadual kami ketat dengan perlawanan AFC, manakala Kedah pula berehat selama 10 hari," kata Azman.

Monday 23 April 2012

1st Giveaway By Syakilla Syed Alwi



Hello selamat malam warga blogger :face39: Ehemm ehemm ! Rasa cam lama jerk x join GA nie . So malam nie terasa nak join plk . hikhok :face42:

Korang nak tahu tahu tak , sbb nape sha boleh join GA nie ? sebenar nya tadi sha tengah duk skodeng dekat ITEM , so ternampak la tuan punya blog nie join GA , and bukan tu jer taw ,
sebenarnya sha tertarik dengan banner Kak Syakilla nie haa ~ Cantik ! :face39: HAa
tula salah satu sebab nape sha boleh join GA nie . Satu lagi sha nak bagitaw
korang nape sha nak join GA nie . Sebab nya adalah Bila sha baca
hadiah hadiah yang akan dapat if join GA nie , terus jer sha
join . MENARIK kawan . Seriously , tak tipu. So , jika
korang tak percaya , korang boleh tengok sendiri
dekat sini > SINI <

Okei tertarik tak ? nak join ? boleh jer honieyboniey :face34: just klik banner kat atas tu jer k . lepas tu korang akan tahu lebih detail lagi pasal GA nie . And kat bawah nie sha tag kan 3 orang rakan blogger . Hope diaorang akan join :face40:

izzah

mira

syikin



Sha sakit :(

Hello kaki blogger ! hikhik ! :16: sihat tak nie ? alahai rasa cam lama jerkk x on blog nie . Korang sihat tak nie ? apa perkembangan terbaru . haha ! abis semua nak tahu koe nie sha .

Sha nk bagitaw korang , beberapa hari nie kan sha rasa cam tak sihat jerr . hmmm ! ntah la , rasa cam sakit sakit jer kat pinggang ! even setiap tahun rasa sakit kat pinggang . memang pernah pergi hospital and da check pon , tapi doktor cakap , kencing kotor . Tapi if btl kencing kotor , nape setiap tahun mesti sakit . Memang bukan selalu sakit pinggang nie , tapi ntah la , nak duduk pon rasa sakit :face22: . Sha sakit nie sejak sha form 4 lagi . sampai sekarang . Dulu masa kecik kecik selalu jer sakit dada . Slalu nangis malam malam . Kesian dekat mom and dad sebab terpaksa bgn malam malam nak urut rasa sakit sha nie . Abah sha cakap sha dari kecil lagi selalu jerr mudah sakit . Adik adik , kalau skit pon deman , selsema , sakit kepala jer . Tapi sha , sakit pinggang , sakit dada , magrain . Hmmm ! ntahh la . Btw , sha harap la kan , xder penyakit serious , tak nak ! serius tak nak ! :3:

Saturday 21 April 2012

Internet Tanpa Wayar Jejas Kualiti Sperma ?

CORDOBA – Adakah menggunakan komputer riba dengan sambungan Internet tanpa wayar akan menjejaskan peluang tiga perempat daripada golongan lelaki untuk menjadi bapa?

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Conrado Avendano dari Nascentis Medicina Reproductive di Cordoba mendapati penggunaan komputer riba bersama sambungan Internet tanpa wayar dan diletakkan berhampiran organ pembiakan lelaki sebenarnya boleh mengurangkan kualiti sperma mereka.

Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan sambungan Internet tanpa wayar menghasilkan sinaran gelombang elektromagnet yang mampu memusnahkan sel sperma di dalam organ pembiakan lelaki.

“Penggunaan sambungan Internet tanpa wayar ini juga tanpa disedari boleh menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) dalam sperma,” menurut Avendano lagi.

Bagaimanapun, Persatuan Urologi Amerika Syarikat menyatakan impak penggunaan alat teknologi moden terhadap tahap kesihatan masih samar-samar sebaliknya gaya hidup sihat lebih memainkan peranan penting untuk menentukan kesuburan seseorang individu.

Petua Cirit-Birit ~ Teh

Rendam empat sudu makan daun teh di dalam segelas air panas sehingga kembang. Setelah itu minum air teh tersebut dua kali sehari sehingga cirit-birit sembuh.

Petua Cerahkan Kulit dengan Lulur Kopi

Kulit yang terdedah pada cahaya matahari dan debu dapat membuat kulit tubuh kelihatan kusam dan tidak bermaya. Perawatan lulur dengan menggunakan serbuk kopi dipercayai dapat mengembalikan kecerahan kulit tubuh anda. Biji kopi yang telah dijadikan serbuk akan menghasilkan minyak antioksidan yang bersifat menghaluskan, membuat kulit menjadi cerah dan kelihatan lebih cerah.

Tumbuk ½ kg biji kopi bali sehingga separuh halus, kemudian tambahkan minyak zaitun dan tepung bengkuang secukupnya menjadi paste. Kacau hingga rata. Usapkan lulur kopi ini pada seluruh tubuh anda sambil digosok-gosokan secara perlahan. Biarkan anggaran selama 1 jam agar minyak yang terkandung pada kopi menyerap ke seluruh tubuh. Setelah itu, bilas tubuh sampai bersih dengan menggunakan air yang telah dicampur sedikit garam.

Petua Merawat Betis Bersisik

Betis anda bersisik?
Betis bersisik adalah kulit kering yang disebabkan oleh kekurangan air dalam badan dan kurang vitamin. Minum air yang banyak setiap hari dan sapu minyak masak atau minyak zaitun pada betis setiap hari.

Petua Menurunkan Berat Badan

Sha ada beberapa petua untuk menurunkan berat badan , mungkin ramai yang memerlukan petua nie .

1)Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml =
(40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml

contoh pengiraan:
Berat badan Ali ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.


2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh:
Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.


Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:

1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.
2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.

Petua Mengubati Bisul

1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

Petua Hilangkan Bau Badan - Petua Orang Tua

petua nie adalah untuk orang yang ada masalah bau badan , hope petua nie dapat membantu korang ek :face69:

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh
Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa
Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras
Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas
Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.
atau
Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda
Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda
Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan
Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan
Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.

Petua Hilangkan Kedut di Wajah

Bagi kaum perempuan yang dah meningkat dewasa mesti ramaikan yang nak petua nie , insyaALLAH jika rajin anda mengamalkan petua nie , ia akan berkesan :)

Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam. Amalkan selalu, insyaAllah berkesan.

Petua Berhenti Merokok

Bagi kaum lelaki mesti ramaikan yang teringin nak berhenti merokok , betul tak ? Okei , sha ada beberapa tips untuk korang , insyaALLAH berkesan :face69:

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu

Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan

Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa

Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya

Wednesday 18 April 2012

FreeShawls GIVEAWAY by missmyd



Haa ! seperti sedia maklum kan dengan tajuk di atas tu kan , Free Shawl ! Bagi yang korang gemarkan shawl shawl nie pasti korang tak kan lepas kan pluang nie kan ? lebih lebih lagi ia free kan ?
HAa ! so apa nak tunggu tunggu lagi , join la sygg :) pasti tak kan menyesal .

Nie dengan serta merta dan dengan rela hati nya sha tag kan 3 orang rakan blogger yang baik hati dan comel comel :)

Ehh ehhh satu lagi , tertinggal la pulak , if korang nak join segmen nie , korang tekan jer banner kat atas tu untuk maklumat lanjut k .

Yunisah

Eurika

Hanani Amylia

Kantoi Dalam Kelas


Hoola ! :D okei pagi yang indah ini sha mau kongsi one story ngan korang , Cehh ! ayat koe sha macam tak boleh blahh jerr an ? haha ! Nevermid la . Okei seperti sedia maklum la kan sha nak story dengan korang about my friends . For ur information Sha ada ramai kawan tapi tak semua sha percaya :) 
Nape sha cakap macam tu ? okei sebab nya sha pernah ada kawan , tapi makan kawan sendiri .

Kawan sha nie dulu adalah kawan baik sha , itu dulu , sekarang tak :) Kita orang kenal masa form 1 lagi, dulu dia tak der kawan sebab dia new student and baru jer daftar masuk skola SMK KOTA .
So , sha orang pertama kawan dengan dia and sha jugak la orang pertama yang list kan
dia masuk group sha . Memang kita orang kawan baik time tu , pergi mana mana 
mesti bersama . Ramai orang kata muka sha ngan dia adalah sma . Betul ker ?
entah la . Hmm ! Dia nie anak manja , so kena marah skit nangis and
ngadu kat mak bapak dia . Sha still Ingat lagi masa sha form 3 , time tu sha ada tusyen dekat ngan rumah sha jugak , and dia nie 1 tusyen ngan sha . Sebab tu semua orang kata , sha macam adik beradik , pergi mana mana mesti bersama :) sampailah satu hari tu , dia ada nak jumpa pakwe dia depan tusyen , time tu sha tak datang tusyen lagi . And masa dia tengah duk dating tu , kantoi la nga mom dia . Kawan sha nie dahntakut da time tu . Then mak dia tanya sape laki tu , korang nak thu apa dia cakap ? perempuan tu cakap laki tu adalah boyfriend sha ! hakktuihh koe kawan . Mesti korang tertanya tanya macam mana sha tahu crite nie kan , sedangkan sha tak datang tusyen lagi time tu kan ? Sebenarnya , perempuan tu sendri bagitaw sha , first dia cakap dia kantoi ngan mom dia , and dia cakap tu adalah boyfriend sha , Ya Allah tuhan jer yang thu macam mana perasaan sha time tu . Seriously sha tak suka and benci even ada orang buruk kan nama sha . Sha apa lagi time tu , sha marah la dia , and dia un mintak maaf ngan sha . So lepas tu kita orang lupakan macam tu jer kisah nie .

Then sampai lah satu masa time di skolah , time tu time balik skola da , perempuan tu duk dating ngan pakwe dia dalam kelas . Selalu nya sha ngan kwn lelaki tu yang teman dia duk dating , tapi hari tu ntah la nape sha rasa tak sedap hati , and kawan yang nama ika sruh sha pulang dulu and lepak lepak nga kawan yang lain . So sha balik la dlu . Lepas tu sha rasa macam nak p tengok jer kawan sha kat dalam kelas . So sha pon pergi la dala kelas sha tingkat 3 , smpai jer dekat ngan kawan kelas sha , sha tengok ramai cikgu cikgu dalam kelas sha tu . Sha terkejut jugak time tu . And sha ada terdengar cikgu cikgu duk bercakap yang ada 1 couple duk dating dalam kelas . MyB cikgu pk deorang duk buat maksiat kot . Hmm ! ntah la . Sha pon trun dari kelas and balik umah . Tak lama sha duk dumah tu , kira kira pkul 4 5 macam tu la , kakak kawan sha call , dia tanya sha , ada extra class ker hari nie , sha cakap la xder . Nape kak ? so kak tu cakap yang kawan sha nie tak balik balik umah lagi . Okei tamat crita yang kena kantoi tu .

Okei bila keesokan pagi tu sha datang skola , habis duk heboh yang kawan sha nie kantoi dalam kelas ngan pakwe dia , sha dengar dengar dari kawan kawan cakap dia kantoi duk ehem ehem ngan pakwe dia , ntah la sha pon tak thu . kawan sha tu tak datang da skola . Cikgu cikgu semua duk cari dia . Then sampai la satu masa , ada cikgu datang mari cari sha , Alamakk ! sha terkejut gilerr da time tu . coz sha ingat perempuan tu da sabitkan nama sha dalam kes diia . rupanya tak . sebenarnya cikgu datang mari cari sha sebab cikgu nak num parents kawan sha  . Sha teragak agak nak bagi ker tak . Tak bagi cikgu cakap sha nie memihak pada perkara yang slah .and kawan kawan yang lain pon duk paksa paksa sha sruh bagi  So dengan perasaan yang takut , terpaksa la juga sha bagi . Bila ckgu cll num parents dia , smua tak angkat , tup tup dengar cerita yang kawan sha nie da tukar skola . Malam tu sha cll dia tanya dia pasl hal tu , dia cakap dia tak der buat apa apa pon nga pakwe dia , ckgu jer yang slah faham . hmm ! sha pon tak tahu nak cakap apa , smua orang tanya sha betul tak crita tu . Sha just cakap tak tahu tak tahu and tak tahu ! .

Lepas dari hari tu kita orang lost cntact , parents sha tak bagi sha kawan ngan dia , sokey sha dengar cakap parents sha , okei sha tak kawan , sampai form4 , dia datang balik skul kota , dia cakap masa dia pindah skul lain ada orang buli dya . So kita orang kawan blik . Even sampai masa form 5 kita orang gaduh , sebab dia cakap sha ngan kawan kawan yang lain nak rosakkan hbungan dia ngan pakwe dia yang da kantoii tu . Kita orang just bagi taw dia hal sebenar psal pakwe dia , pakwe dia tu kaki pompuan la weii ! ramai da nampak yang dia tu duk ngorat pompuan nie pompuan tu and laki nie jugak la yang nak couple ngan koe sbb duit koe . Yelakan , koe kan anak orang kaya . So blh buat apa saja asalkan laki tu takkan tinggal koe . Lepas dari tu kitaorang memang tak masuk cmpur da hal pompuan tu . Tak lama lepas tu pompuan tu mari ngadu ngan kita orang , yang pakwe dia curang . kami buat derrkkk jerr , sbb dia juga yang cakap yang dia tak nak kami masuk campur hal kita dia . So lepas hari tu , kakak dia cll sha . kak dia tanya sha , nape sha gaduh nga ____ . Heii bila la pulak ak gaduh ngan adik koe (dalam hati) kak dia call smua kawan kawan sha and cakap jgn gadh ngan adk dia . Okei kami kwn macam biasa , just tak macam dlu . Sampai satu masa sha tak hiraukan kawan sha nie sbb dia nie terlalu pentingkan dri sndri and da couple balik ngan pakwe kesayangan dia tu . ak ingat koe da sdr yang pakwe koe da tpu koe slama nie , rupa nya tak ! And lepas tu dia slalu mari mngadu ngan kitaorang yang pakwe dia curang la , mungkir janji la , bla bla bla ~ kami wt derrkk jer . So smpai la satu masa dia gaduh ngan kawan sha yang satu lagi , gaduh pon bukan sbb apa , dah dia tanya kawan sha , apa nak buat if pakwe kita curang ngan kita da banyak kali .. So kawn sha cakap la, "_____ tinggal kan jer _____ tu , da tahu dia curang kan , bukan skali dua , tapi bnyak kali , and ____ pon thu kan pakwe ____ tu just couple ngan ____ sbb duit .'' Pompuan tu marah bila kawan sha bagi nasihat sruh tinggalkan pakwe dia . HAa ! dia jugakkan mintak pendapat . So sha sakit hati sgt sha marah marah pompuan tu , bising satu klas ! nasib baik cikgu xder , hihihi . okei lps tu dia nangis . then balik rumah dia ngadu ngan parents dia , cakap sha mcam nie la , macam tu la . Jadi kak dia call sha , kak dia ugut sha , nak buat report polis la , nk bgitaw ckgu besar la . Weii koe , ingat ak bodohs sgt , polis takkan masuk campurla dlm urusan mcm nie . Eewww ! dalam kelas plk . kita orang memang tak bertegur sapa , bukan stakat kita orang jer , satu kelas termasuk budak lelaki tak brckap ngan dia . sbb kita orang memang da thu mcm mana perangai dia dari dlu lagi .

Okei berbalik pula pada orang gaji dia , orang gaji dia nie cakap kat member laki sha yang sha nie slalu buat anak majikan dia nangis . stiap kali anak majikan dia balik umah mesti nangis and mengamuk . Aku pulak yang kena ! sial pompuan nie . Smpai skarang hbungan kita orang tak baik , memang ada brtegur sapa , tapi tak rapat macam dlu lagi . Sha pon da maaf kan dia , taknak brgaduh smpai bila bila . orang kata hidup tak aman jika ada musuh nie kan , betul tak ? okei la smpai nie jerla crita sha . Hope enjoy ! :D

Tuesday 17 April 2012

Segmen Jom Mengeratkan Silaturrahim



Hello pepss ! Selamat pagi :face39: Pagi yang indah nie , sha mau buat satu segmen , bukan contens taw . Even da ramai yang buat segmen jom blogwalking , jom tambah follower , bla bla bla ---
jadi sha buat keputusan nak buat jugak , tapi tajuk dia berbeza skit la . hihihi . Fikir
punya fikir nak buat tajuk apa , so terkluar la satu bijikk idea yang tak
seberapa menarik . Hope segmen nie dapat sambutan yang Hangatt .



Syarat-Syarat Penyertaan

:65:Segmen nie tak perlukan syarat yang banyak pon sebenarnya , just sha nk mintak tolong korang tolong la promote kan juga segmen nie ek :face40:Bukan apa , lagi ramai orang join lagi la ramai orang follow korang . So korang kena la buat satu entry pasal '' Segmen Jom Mengeratkan Silaturrahim". Korang copy paste jer banner kat atas tu then buat satu entry k . dan link korang tu hendaklah di postkan di comment sha . If korang letak link entry korang di chatbox sha , serta merta korang tidak akan di layan . Harap maaf :face40:


Motif Segmen Nie Di Tubuhkan

:65: Motif segmen nie di tubuhkan sebab untuk menarik lebih ramai kaki blogger untuk mengeratkan silaturrahim antara blogger . Di samping tu juga untuk menambahkan lagi follower korang . Sambil sambil korang follow antara satu sama lain , korang juga boleh kenal mengenali antara satu sama lain kan ? betul tak ?


Apa Yang Sha Akan Buat If Kami Sertai Segmen Nie ?

:65: Okei yang nie korang baca betul betul k . Bila korang da join segmen nie , and da post entry korang tu dekat comment sha nie , maka dengan serta merta sha akan upadate nama nama korang yang join segmen nie . And nama/blog korang akan di iklan kan di laman web . Maksud sha laman web tu adalah sha akan share kan nama korang yang join segmen nie di ''Diari sahabat Blogger , Kaki blogger dan pelbagai laman web lagi . Faham ? Jika seorang jer yang join segmen nie , maka seorang tu juga lah sha akan promote blog dia . Best kan ?


Tarikh Tamat Segmen nie Bila ?

:65: Tarikh akhir segmen nie adalah 30.4.2012 . Lama kan ? Dan Blog korang juga akan di promote pada tarikh nie juga . Info info lain akan di update dari masa ke semasa (jika perlu) .

Untuk pengetahuan korang , segmen ini akan di berhentikan serta merta jika sha meninggal dunia , atau ada sebarang masalah . Harap korang faham .

Monday 16 April 2012

Koleksi Novel Cinta



MAHLIGAI CINTA

Novel ini mampu mengajak anda menyelami watak-watak yang bermain dengan perasaan terhadap pasangan masing-masing sama ada kecewa, gembira, pasrah, sayang, cinta dan sebagainya. Namun, lumrah percintaan; ada cerita duka, ada cerita ceria, semuanya saling menyinggah. Tidak kiralah anak dara, tunangan, isteri, suami, janda malah dua sekalipun berjak memiliki anugerah paling agung - CINTA. MAHLIGAI CINTA - memuatkan momen-momen cinta, sengsara, suda dan duka. Antara kejujuran dan kepuraan, antara keikhlasan dan pendustaan. Ada cinta yang terhalang... ada rindu yang tercicir.

GEMERSIK KALBU
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja. Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas! Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela. Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju! Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?
ADAM DAN HAWA
Ain, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yg berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yg ditinggalkan, menghitung hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah!Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik, perasaannya jadi gementar,hidupnya tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun 8 tahun lagi...
KAU KEKASIHKU
Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya. Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?

Bukti Kekuasaan Allah Bayi Dengan Mata Satu dan Disebut Bayi Dajjal

Cerita tentang dajjal memang sudah lama sekali di gaungkan. Baik tentang ciri-cirinya secara lengkap maupun sebagian. Tapi Dunia digemparkan dengan kehadiran seorang bayi bermata satu yang disebut-sebut seperti bayi Dajjal.
Bayi yang dikabarkan lahir di israel ini disebut-sebut sebagai bayi dajjal karena hanya memiliki mata satu yang berada tepat di tengah jidatnya. Subhanalloh, Alloh maha pencipta sesuatu tanpa cacat.
Ini dia Foto-foto dan Video Bayi Dajjal bermata satu yang dapat saya kumpulkan dari internet. Dan kamu juga bisa baca Foto Pasukan Dajjal Sudah Muncul
bayi dajjal mata satu israel

bayi dajjal israel bermata satu - dNoxs

Baca juga mengenai Foto Pasukan Dajjal Sudah Muncul yang lebih baru.

Kenali Tanda Ibu Mengandung Anak Kembar

Hamil dan mempunyai seorang momongan merupakan dambaan setiap pasangan. Tapi tahukah Anda, ternyata 1 diantara 30 orang hamil mereka mengandung anak kembar. Suatu kebahagiaan tersendiri ketika sang calon ibu mendapatkan anak kembar. Tapi mereka tidak mengetahui apakah bayi yang dia kandung adalah anak kembar. Nah disini saya akan sedikit memberikan tips mengenali Tanda ibu mengandung anak kembar.
Tapi sebelumnya, anda juga bisa membaca tips agar proses melahirkan berjalan lancar. Kalau sudah inilah Tanda-tanda ibu mengandung bayi kembar :)
1. Biasanya akan terasa sejak awal bahwa Anda mengandung lebih dari satu bayi. Jangan mengabaikan perasaan hati atau intuisi tersebut. Banyak ibu dari si kembar mengatakan, mereka telah mengetahui sejak awal bahwa mereka mengandung bayi lebih dari satu.
2. Umumnya bila seorang wanita mengandung mempunyai tanda-tanda seperti kepala pusing, perut sebah/tidak enak nyaman, bahkan hingga muntah-muntah di pagi hari. Tapi jika mengandung lebih dari satu bayi, umumnya Anda akan lebih menderita, yaitu di pagi hari sampai malam. Bahkan sepanjang hari.
3.Gejala kehamilan lebih terasa dan dianggap terlalu dibesar-besarkan.
Banyak di antara calon ibu bayi kembar yang mengatakan, mereka merasa lebih tak nyaman, muntah-mual berlebihan, dan amat cepat lelah. Pokoknya, gejala kehamilannya “dahsyat” sehingga kerap dianggap terlalu mengada-ada oleh orang sekitar.
Padahal, semua itu disebabkan sirkulasi ekstra dari hormon dalam tubuh. Payudara menjadi sangat sensitif, lebih sering buang air kecil, merasa lapar sepanjang hari, dan merasa sangat lelah. Ketika usia kandungan mulai 6 bulan, mungkin akan mengalami sulit bernapas, perut terasa sangat berat, bengkak di tangan juga di kaki, berat badan naik sangat banyak (tidak normal), perut sangat besar, dan janin bergerak berlebihan. Umumya, ibu bayi kembar ini menderita anemia atau kadar zat besinya rendah.
4. Berat badan naik pesat di tiga bulan pertama kehamilan. Kenaikannya lebih tinggi dari rata-rata berat ibu hamil satu bayi. Gejala ini dapat disebut sebagai tanda pertama mengandung lebih dari satu bayi. Jika napsu makan baik, berarti tidak ada masalah, karena gizi yang baik sangat diperlukan janin dalam usia tiga bulan pertama kehamilan.
5. Ukuran kandungan besar untuk umurnya. Pada pemeriksaan pertama, dapat dikatakan bahwa perut lebih besar dibanding usia kandungan. Dokter mengatakan Anda hamil 8 minggu (dihitung dari saat terakhir mendapat haid) tapi jika dilihat dengan kasat mata, besar perut/kandungan seperti kehamilan berumur 10-12 minggu.
Jika keadaan seperti ini, biasanya dianjurkan untuk mengecek dengan alat USG untuk melihat ada berapa janin di dalam kandungan. Jika ternyata mengandung lebih dari satu bayi, ukuran kandungan akan terus berkembang lebih besar. Ibu yang mengandung satu bayi bisa mencapai 38-40 cm besar ketinggiannya, dimulai dari tulang pinggang, sedangkan untuk bayi kembar bisa mencapai 48 cm.
6. Kata dokter, AFP Anda tinggi. AFP adalah alpha fetoprotein protein yang dikeluarkan bayi pada waktu pertumbuhannya dan juga terdapat di dalam darah ibu. Protein ini dapat menjadi tinggi karena bayi lebih dari satu. Normal tes darah AFP dilakukan 16-18 minggu sesudah masa terakhir menstruasi . Tes ini kerap dipakai untuk mengetahui kehamilan kembar atau bukan.
7. Kata dokter, tingkat HCG (Human Chorionic Gonadotrophin) naik dengan sangat cepat. HCG adalah hormon yang menghasilkan telur yang dibuahi. Hormon ini dibutuhkan untuk menjaga kehamilan sampai plasenta berkembang. Hormon dapat dideteksi di dalam darah atau air seni walaupun sebelum Anda berhenti menstruasi.
Dalam kehamilan normal ( satu bayi), pemusatan darah HCG naik dengan cepat dalam 1 minggu kehamilan, berlipat ganda setiap 2 atau 3 hari. Tingkat HCG dapat menjadi lebih tinggi dengan adanya si bayi kembar.
8.Dari alat “pendengar”, terdeteksi dua denyutan jantung . Dua denyut jantung dapat dibedakan dengan alat khusus yang dipakai dokter setelah kira-kira 12 minggu masa kehamilan. Sekitar kehamilan 28 minggu, sudah dapat dibedakan bila memang terdapat dua janin.
9.Dengan menggunakan USG, kehamilan kembar dapat lebih dipastikan. Alat ini akan menunjukkan/memperlihatkan adanya dua kantung kehamilan, dua janin, dan dua denyut jantung yang dapat dilihat 6 minggu sesudah hari pertama masa haid berakhir. Bahkan banyak bayi kembar bisa didiagnosa lebih cepat, sekitar 1-5 minggu setelah berhenti mendapat haid.
Semoga artikel diatas bermanfaat bagi Anda yang akan segera mempunyai momongan.

Sumber Web Dari : Dnox Again

Teringin Anak Kembar Seiras

PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat
BARU-BARU ini, saya ada terbaca mengenai kelahiran kembar lapan di Amerika Syarikat. Ini menimbulkan kebimbangan memandangkan saya juga mempunyai masalah kesuburan dan diberikan pil kesuburan oleh doktor. Saya juga teringin mendapatkan anak kembar, cuma jika boleh kembar dua dan seiras. Adakah saya juga berisiko mendapat kembar? Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 29 tahun dan sudah berkahwin selama dua tahun, namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suami saya berumur 30 tahun, sudah menjalani ujian air mani dan didapati normal.
INGIN TAHU, Kuala Lumpur
ANDA dinasihatkan berbincang lanjut bersama suami dan doktor anda mengenai keinginan untuk mendapatkan anak kembar. Kehamilan kembar secara amnya memberikan lebih risiko kepada ibu dan janinnya dari waktu kehamilan sehinggalah selepas kelahiran kelak. Kehamilan kembar boleh berlaku dengan lebih kerap dalam keadaan seperti usia wanita yang meningkat melebihi 35 tahun, keturunan, pengambilan ubat kesuburan dan bangsa Afrika. Wanita Asia mempunyai risiko paling rendah untuk mendapatkan kehamilan kembar berbanding wanita Afrika mahupun wanita negara Barat berkulit putih. Selepas persenyawaan satu ovum (benih wanita) oleh satu sperma (benih lelaki), ia menghasilkan satu embrio awal yang dinamakan zigot. Kembar lahir daripada persenyawaan dua ovum oleh dua sperma yang berbeza untuk menghasilkan dua zigot yang berbeza komposisi genetiknya. Kembar seiras pula lazimnya berasal daripada satu zigot saja yang kemudian terasing menjadi dua embrio kembar. Memandangkan kedua-dua kembar ini berasal daripada embrio yang sama, bukan saja rupa mereka sama, jantinanya juga sama kerana mereka mempunyai komposisi percampuran genetik ibu dan ayah yang sama atau hampir sama. Cuma apabila diuji, uniknya cap jari mereka masih berbeza. Di dalam dunia perubatan, kehamilan kembar ini lebih dikenali sebagai kembar mono-zigotik. Kembar mono-zigotik tidak dipengaruhi pengambilan ubat kesuburan, usia, bangsa dan keturunan. Dalam setiap kitaran haid wanita, sudah ada sekumpulan ovum yang bersedia untuk membesar, cuma lazimnya hanya satu ovum saja yang akan terus membesar dan keluar (melalui ovulasi) untuk disenyawakan. Ini membuahkan kehamilan dalam sekitar 15 peratus wanita saja pada sesuatu kitaran, selebihnya tidak dan berakhir dengan kedatangan haid. Itulah sebabnya kebanyakan wanita hamil dengan seorang janin saja, hanya kadangkala terdapat lebih daripada satu ovum yang mengalami ovulasi (dipengaruhi faktor di atas). Wanita yang mempunyai masalah kesuburan ovari pula tidak mengalami ovulasi dan berakhir dengan kedatangan haid. Dalam keadaan anda, pengambilan ubat kesuburan dijangka meningkatkan bilangan ovum pada sesuatu kitaran haid. Ovum ini mungkin akan mengalami ovulasi dan berpeluang untuk disenyawakan sperma suami. Lebih banyak ovum dihasilkan, lebih tinggi peluang kehamilan seseorang, namun lebih tinggi juga risiko kehamilan kembar sama ada kembar dua, tiga atau selebihnya. Kembar lapan (oktuplet) juga boleh berlaku, sama ada berasal daripada lapan ovum (menghasilkan lapan zigot) ataupun beberapa ovum menghasilkan beberapa zigot yang sama yang kemudian terpisah membentuk tambahan beberapa kembar seiras mono-zigotik. Doktor lazimnya akan memberi ubat kesuburan dalam dos yang sederhana saja (lazimnya mengikut usia), serta memantau bilangan telur yang besar oleh rangsangan ubat kesuburan terbabit supaya hanya sebilangan kecil saja telur yang diperoleh bagi meningkatkan peluang kehamilan dan pada masa sama, meminimumkan risiko kehamilan kembar. Dalam keadaan bilangan telur yang dihasilkan melebihi, doktor mungkin akan membatalkan rawatan permanian berhadas (IUI) serta menghalang persenyawaan secara menasihatkan pasangan menggunakan kondom ataupun bertukar kepada rawatan persenyawaan tabung uji (IVF). Ini kerana, dalam rawatan IVF, doktor dapat mengawal kemasukan bilangan embrio ke dalam ruang rahim. Lazimnya untuk usia anda, hanya satu atau maksimum dua saja embrio (jika anda masih bertegas) akan dimasukkan, selebihnya akan dibekukan. Itupun masih meningkatkan risiko kehamilan kembar dua atau kembar tiga, empat dan seterusnya jika embrio yang sama membahagi atau terpisah kepada dua lagi embrio. Ubat kesuburan tidak meningkatkan risiko kehamilan kembar mono-zigotik (seiras genetiknya). Namun, anda masih berpeluang sedikit untuk mendapatkan kembar seiras rupa fizikalnya walaupun berasal daripada zigot berlainan, cuma masih berbeza komposisi genetiknya. Ini kerana anak-anak, sama ada dilahirkan serentak secara kembar mahupun berlainan masa atau tahun adik-beradik, masih lagi membawa genetik ayah dan ibunya. Ini dapat dilihat pada sesetengah keluarga yang mempunyai anak kecil yang sangat menyerupai abang atau kakaknya. Anda juga (seperti sesiapa saja wanita lain) masih boleh mendapat kehamilan kembar mono-zigotik jika embrio terbabit (walaupun hanya satu) terpisah kepada dua embrio sendirinya, bukannya disebabkan ubat kesuburan. Bergantung kepada masa embrio mono-zigotik ini terpisah, kembar yang terhasil boleh sama ada kembar berlainan uri dan kantung (jika pemisahan berlaku dalam masa dua hari awal), atau kembar berkongsi uri tapi berlainan kantung (jika pemisahan berlaku pada hari ketiga hingga kelapan selepas persenyawaan), ataupun kembar berkongsi uri dan berkongsi kantung (jika pemisahan embrio berlaku pada hari kesembilan hingga ke-12 selepas persenyawaan), ataupun kembar siam bercantum yang berkongsi uri dan kantung (jika pemisahan embrio berlaku selepas 12 hari persenyawaan). Kembar berkongsi uri memberi lebih risiko kepada janin memandangkan mereka ‘berebut’ bekalan daripada uri yang sama.

Sumber Web Dari laman Blog : Bila Hatiku Berbicara

Teknik Mengambil Gambar


Seni Cahaya

I. Fotografi boleh didefinasikan sebagai satu proses rakaman cahaya.Kualiti sesuatu gambar itu bergantung kepada ketelitian kita dalam memilih cahaya yang baik.
II. Banyak jenis cahaya yang boleh diperolehi dari matahari,tetapi kadangkala kita terpaksa menunggu untuk mendapatkan satu cahaya yang berkualiti untuk gambar kita.
Potret dibawah sinaran matahari
(a) Kekuatan cahaya sebegini akan menghasilkan bayang-bayang yang jelas kelihatan di bawah hidung dan mata subjek.Bayang bayang ini amat mengganggu pemerhatian kita.
(b) Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menubah posisi subjek ke tempat yang redup,dimana subjek tidak lagi diterangi oleh cahaya matahari tetapi subjek akan diterangi oleh cahaya yang terpantul dari langit.
(c) Cahaya dari langit amat luas dan ia nya tersebar.Cahaya yang tesebar tidak akan menghasilkan bayang bayang yang jelas.
(d) Katakan kita hendak mengambil gambar subjek dihadapan OBJEK yang disinari oleh cahaya matahari yang terik,kita tak perlu la mengubah posisi SUBJEK ini kerana OBJEK yang terkena sinaran matahari tadi telah memantulkan cahaya yang baik untuk SUBJEK kita.
(e) Kita akan dapat pencahayaan yang baik jika kita rajin menunggu,lihat perubahan matahari dan kesan sinaranya.Selalunya waktu awal pagi dan waktu senja adalah waktu yang amat menarik dan cahaya nya cukup seimbang antara SUBJEK dan BACKGROUND
(f) Bagi fotografer professional yang sentiasa mengejar masa,mereka akan menggunakan REFLECTOR untuk memantulkan cahaya pada SUBJEK.Pembantu fotografer yang selalu pegang reflector ini.Mereka juuga meletakan REFLECTOR bewarna perak,emas atau putih dibawah SUBJEK untuk membantu lagi pantulan cahaya Ke arah SUBJEK,lantas mengurangkan bayang bayang.
(g) Ada juga yang dipanggl Cahaya tiruan.Apabila kita menggunakan FLASH dan dihalakan ke SUBJEK,ianya akan membesarkan lagi kawasan pencahayaan itu.Cahaya dari FLASH akan mengisi dan mengurangkan bayang bayang pada SUBJEK.Proses ini dikenali sebagai FILL FLASH.
(h) FLASH elektronik mempunyai sama warna seakan akan matahari sekitar waktu tengahari.Jika kita menggunakan FLASH pada waktu ala pagi atau senja,hasilnya seperti tidak asli.Profesional mengatasi masalah ini dengan memasang GEL bewarna dihadapan FLASH.

Setting & Control

Tidak ada setting dan control yang ditetapkan.Ia berubah mengikut kreativiti dan keadaan.
Tetapi ini hanya sebagai Panduan
I. Histogram
• Histogram ialah salah satu cara untuk menentukan Imej yang dirakam mempunyai EXPOSURE(dedahan cahaya) yang cukup atau pun tidak.Kita tak perlu bergantung pada LCD kamera yang mungkin tidak tepat.
• Histogram mempamirkan secara digital maklumat dan data Imej yang dirakam.
• Ianya terdiri dari graf piksel berdasarkan kecerahan
• Jika imej yang dirakam itu gelap,Gambarajah pada graf akan lebih tertumpu pada sebelah kiri manakala jika imej yang dirakam itu gelap gambarajah akan lebih tertumpu pada sebelah kanan.
• Imej yang cukup pencahayaanya akam mempunyai graf yang sekata dimana tiada lebihan tertumpu pada kiri dan kanan graf.Graf akan menunjukan seakan sebuah bukit yang mempunyai satu puncak sahaja ditengah.
• Jika imej yang dirakam itu menunjukkan lebihan pada kiri atau kana graf,eloklah kita membetulkan nilai APERTURE & SHUTTER kita.Bagi yang tiada fungsi ini,gunakanlah EV seperti yang telah dibincangkan.
• Kebanyakan kamera sekarang sudah mempunyai fungsi histogram yang akan muncul di LCD anda sebelum anda merakam imej.Ini sangat membantu.
II. Burst Mode
• Fungsi yang membolehkan kita merakam imej dalam kuantiti yang banyak hanya dalam sesaat.
• Fungsi ini elok digunakan untuk merakam SUBJEK yang bergerak. Supaya tidak terlepas saat saat yang beharga,Terutamanya acara sukan.
• Apabila fungsi ini diaktifkan,kamera akan merakam imej SUBJEK dalam kelajuan 3 hingga 5 imej per saat.Laju bukan? Kamera dSLR mempunyai kelajuan yang lebih tinggi sekitar 9 imej sesaat.
III. Fungsi kawalan Manual,Aperture Priority dan Shutter Priority
• Dail kawalan MANUAL, APERTURE PRIORITY dan SHUTTER PRIORITY terletak diatas kamera. Dail ini tertera A/S/M pada kamera Olympus dan Nikon. Berlainan pada canon Av/Tv/M. Av untuk fungsi APERTURE PRIORITY dan Tv untuk fungsi SHUTTER PRIORITY.
• Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, fungsi APERTURE PRIORITY adalah untuk mengawal bukaan Lensa dan fungsi SHUTTER PRIORITY adalah untuk mengawal berapa lama SHUTTER dibiarkan terbuka.Faham tak setakat ini?
• Fungsi kedua dua ini mempunyai hubungkait untuk menghasilkan imej yang berkualiti
• Pada fungsi otomatik, Kamera akan menentukur sendiri gabungan nilai APERTURE dan SHUTTER SPEED dan kadang kadang fungsi otomatik ini tidak memberikan hasil mengikut apa yang kita inginkan.Disinilah fungsi APERTURE PRIORITY dan SHUTTER PRIORITY diperlukan.
• Kita sendiri akan mengawal nilai APERTURE bila kita menggunakan fungsi APERTURE PRIORITY manakala kamera akan mengubah nilai SHUTTER SPEED mengikut kesesuaian nilai APERTURE yang kita tentukan.Begitulah sebaliknya.
• Dalam fungsi APERTURE PRIORITY Apabila kita menggunakan nilai APERTURE yang tinggi seperti f8 atau f10,ini bermaksud bukaan lensa adalah kecil. Ini akan menyebabkan kamera memilih nilai SHUTTER SPEED yang amat rendah. Keadaan ini agak rumit sedikit jika kita mempunyai tangan yang bergetar atau jika kita tidak menggunakan tripod imej yang terhasil kemungkinan besar akan kabur.
IV. Kawalan ISO
- Terma ISO ini dibawa dari era kamera filem. Filem yang digunakan diklasifikasikan mengikut kelajuan filem iaitu nilai kepekaan filem terhadap cahaya.
- Sekarang, terma ISO masih lagi diguna pakai dan membawa maksud dan kegunaan yang sama Cuma ianya diaplikasikan ke sensor digital
- Kita kadang kadang menghadapi masalah untuk mengambil gambar dalam keadaan sekitaran yang gelap,jika gambar yang diambil itu pasti akan kabur dan gelap.Disinilah peranan ISO berfungsi,Cuma dengan meningkatkan nilai ISO dan seterusnya kita mampu meningkatkan nilai APERTURE dan nilai SHUTTER SPEED.
- ISO memberikan kita kebebasan dan kemampuan untuk merakam imej di dalam keadaan yang gelap dan pencahayaan yang tidak sekata.
- Kekurangan ISO ini terletak pada nilainya. Semakin tinggi nilai yang kita tetapkan semakin banyak NOISE yang terhasil.
- NOISE adalah biji-bijian yang terhasil pada imej yang dirakam. Juga dalam bentuk piksel halus yang bewarna yang tidak sepatutnya berada didalam imej.
- Rakamlah imej dalam beberapa nilai ISO yang berlainan dan perhatikan yang mana satu boleh diterima.
Komposisi Asas
Selain EXPOSURE(Pencahayaan) dan FOCUS yang baik,pemilihan komposisi juga memainkan peranan dalam menghasilkan imej yang berkualiti.Berikut ialah cara cara yang mudah sebelum kita menentukan komposisi.
I. FILTERING
- Filtering atau dalam bahasa Malaysia bermaksud penapisan.
- Ramai yang terlepas pandang konsep ini.
- Konsep ini sebenarnya mudah seperti “tolong alihkan pasu di belakang” atau kekiri sedikit”.
- Apabila kita melihat melalui VIEW FINDER ,tanyakan diri anda samada imej itu terlalu berserabut atau ada sesuatu yang tak kena.
- Selalunya gambar yang bagus hanya mempunyai satu idea iaitu tiada gangguan selain subjek.
- Alihkan subjek atau ubah latar belakang dan pastikan tiada unsur unsur lain yang boleh mengganggu subjek.
- Fotografi semuanya tentang komunikasi,Cuba sematkan dalam ingatan kita apa tujuan dan mengapa kita merakam imej itu.Sesuatu yang perlu disampaikan pada para penonton atau untuk diri kita sendiri.Baru dikatakan komunikasi yang berkesan.
- Ingat! Ketepikan mana yang tak perlu
II. FRAMING
- Mata kita merupakan Kurniaan ALLAH yang amat menakjubkan.Bila kita lihat pada OBJEK dengan sepenuhnya dan dengan itu hampir setiap benda di sekeliling kita seakan akan tidak wujud.Hanya OBJEK itu sahaja didalam Pemerhatian kita.
- Kamera tidak mempunyai ciri ciri sebegini.
- Jurugambar amatur selalunya hanya memberikan tumpuan hanya pada SUBJEK yang ingin dirakam. Ya,ia memang begitu dan langkah seterusnya yang patut diikuti ialah dengan memerhatikan keadaan sekeliling juga.
- Perhatikan keadaan sekeliling samada ia mempunyai hubungkait dengan SUBJEK atau tidak. Ini kerana kemungkinan elemen elemen dari luar akan memberikan impak yang lebih berkesan pada SUBJEK.
- Pernah hadapi situasi begini,setelah gambar yang kita rakam dicuci.”eh bila masa pulak ada orang lalu kat depan ni?” mesti pernahkan?. Ini kerana kita tidak begitu berhati hati dalam memerhatikan keadaan sekeliling. Jangan ulangi kesilapan itu.
III. BALANCE-THE ART OF COMPOSITION
- Kebanyakan kursus seni dan rekacipta mengetengahkan kepentingan BALANCE(keseimbangan).
- Ini hanyalah sebagai panduan untuk menghasilkan gambar yang berkualiti
(a) VISUAL WEIGHT
- COMPOSITION keseluruhanya ialah memastikan elemen elemen didalam imej tampak seimbang
- Untuk mendapatkan keseimbangan ini,Pastikan imej yang akan dirakam itu mempunyai VISUAL WEIGHT.
- Perhatikan Corak,tekstur atau kecerahan yang mana akan membuatkan imej itu menjadi tumpuan.
- Seperti contoh; sekuntum bunga merah berlatarbelakangkan pokok hijau yang gelap.sudah tentu mata kita hanya akan tertumpu pada bunga itu. contoh ini menunjukan imej ini mempunyai VISUAL WEIGHT yang terhasil disebabkan warnanya yang kontra.
(b) BALANCING ACT
- Untuk menghasilkan gambar yang seimbang, kita haruslah mengubah posisi SUBJEK itu berdasarkan VISUAL WEIGHTnya
- Kita ambil contoh keadaan seperti ini ; imej yang kita rakam itu mempunyai elemen lain yang terang,dan berada di hujung FRAME. Elemen yang terang ini akan menarik mata kita untuk memandangnya. pemerhatian kita teralih dan terganggu oleh elemen ini. Dan ini dikatakan imej yang tidak seimbang
- Jika kita berubah dari kedudukan asal dan merakam semula imej tersebut dan memastikan elemen yang terang itu berada di tengah,sudah tentu mata kita akan tertumpu di tengah.Ini dikatakan imej yang seimbang.
>(c) TYPES OF BALANCE
1) SYMMETRICAL
- Keseimbangan yang paling asas.
- Dimana elemen yang mempunyai VISUAL WEIGHT tadi berada di tengah tengah gambar.
- Elemen ini mempunyai keseimbangan yang ketara.
- apabila subjek berada diatas air. Maka akan terhasil imej yang nyata dan tidak nyata pada permukaan air itu dari tindakan pembiasan,Ini juga dikenali sebagai SYMMETRICAL BALANCE
2) ASYMMETRICAL
- Elemen yang mempunyai VISUAL WEIGHT tadi berada di luar titik tengah.
- Elemen ini tidak semestinya mempunyai hubungkait dengan pembiasan cahaya.
3) RULES OF THIRD
- Panduan yang berguna apabila kita ingin merakam SUBJEK yang berada di luar kawasan titik tengah.
- RULES OF THIRD ini juga dikenali sebagai RO3.
- Mempunyai 3 garis lintang dan 3 garis menegak,dimana untuk menghasilkan imej yang seimbang,kita bolehlah memastikan SUBJEK berada pada mana mana antara titik yang bersentuhan yang terhasil dari garis garis ini.
4) LEADING LINE
- Deretan pokok, sungai, jalan raya, pagar, bayang bayang, tali dan bermacam macam lagi yang bersambungan.
- LEADING LINE ini tidak akan terhasil jika kita tidak berhati hati dalam menghasilkanya.
- Garisan ini seharus nya membawa kita ke SUBJEK atau dari SUBJEK
- Pastikan sudut ketika merakam gambar itu sedikit kreatif dan bersesuaian.
- Mulakan LEADING LINE ini dari satu sudut imej akan memberikan impak yang cantik.
5) GOLDEN SECTION
TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR
1. Waktu malam dan cahaya yang samar
- Ingat 3 perkara ini
I. FLASH
a. Jangan nyalakan FLASH,sebaliknya gunakan EXPOSURE yang lama.Jika mempunyai mode MANUAL,dan ubahlah setting APERTURE pada bukaan kecil dan SHUTTER SPEED yang panjang.Bagaimana jika tiada fungsi MANUAL? Jangan risau, kamera kita masih mempunyai fungsi NIGHT MODE. Walaupun pengawalan keatas fungsi ini terhad,ia tetap membantu.
II. TRIPOD
a. Gunakan tripod. Ini kerana apabila kita menggunakan SHUTTER SPEED yang panjang atau kita menggunakan NIGHT MODE ia boleh mengakibatkan gambar yang kita rakam itu kabur.Jadi penggunaan TRIPOD amatlah digalakkan. Boleh juga bersandar pada dinding atau pokok kalau kita terlupa nak bawa TRIPOD
III. TIMER
a. Walaupun TRIPOD sudah dipasang pada kamera, jari kita juga mampu untuk menggoyangkan kamera dan kemungkinan gambar yang dirakam itu akan kabur. Kita boleh elakkan ini dengan mengaktifkan fungsi TIMER.atau PEMASA
- Penetapan KAMERA
I. APERTURE
a. Guna nilai APERTURE yang kecil atau bukaan APERTURE yang besar( ingat nilai dan bukaan adalah satu benda yang berbeza)
b. Apabila kita menggunakan nilai APERTURE yang kecil, ia akan membenarkan lebih banyak cahaya akan masuk. Ini penting kerana cahaya amat kurang pada waktu malam.
c. Pilih fungsi Av atau MANUAL pada kamera anda untuk mengubah nilai APERTURE.Bukaan APERTURE yang paling besar untuk kebanyakan kamera digital kompak ialah f2.8.
II. ISO
a. ISO kamera menyukat kepekaan cahaya
b. Nilai ISO yang tinggi akan menyebabkan kamera lebih peka kepada cahaya dan akan menghasilkan GRAIN(biji-bijian) yang dipanggil NOISE(kebisingan)
c. Jika kamera kita membenarkan kita untuk mengubah nilai ISO, ubahlah pada ISO yang paling rendah untuk menambahkan lagi perincian pada gambar.
III. SHUTTER SPEED
a. Oleh kerana kita tidak menggunakan FLASH, SHUTTER SPEED akan ditetapkan pada kelajuan yang panjang ini untuk membolehkan lebih cahaya masuk.
2. Gunakan FLASH anda ketahap maksima
- Kamera kita mempunyai FLASH terbina dalam yang boleh digunakan dalam pelbagai cara kreatif
- Digunakan untuk membekalkan pencahayaan yang secukupnya apabila keadaan sekeliling malap.
- Tahap kecerahan ditentukan oleh penetapan pada kamera itu sendiri apabila nilai APERTURE dan SHUTTER SPEED dipilih. Dan kebanyakan kamera akan mengaktifkan FLASH apabila difikirkan perlu. Kebiasaanya apabila SHUTTER SPEED jatuh pada tahap selamat (iaitu keadaan dimana nilai SHUTTER SPEED yang panjang dan boleh mengakibatkan gambar yang dirakam kabur) sekitar 1/30 sec.
- Kamera yang canggih juga akan dapat mengesan keadaan dimana apabila seseorang itu dikelilingi oleh cahaya-cahaya di belakang seseorang itu contohnya,FLASH akan diaktifkan untuk mencerahkan bahagian yang gelap itu dan ini dipanggil FILL in FLASH.
- Walaubagaimanapun terpulang pada daya kreatif kita untuk memilih jenis jenis FLASH yang tersedia ada didalam kamera kita.
Antara jenis jenis FLASH itu ialah
a. FLASH on- Boleh digunakan apabila kita mahu FLASH sentiasa aktif di setiap gambar yang dirakam.
- Seperti contoh abila kita merakam gambar seseorang yang berada di bawah cahaya matahari yang terik dan matahari sedikit kebelakang,sudah tentu cahaya lebih tertumpu pada bahagian belakang orang itu dan bahagian hadapan sedikit gelap. apabila kita menggunakan FLASH ketika ini; kita akan memberikan cahaya pada hadapan orang itu dan ini akam membuatkan gambar yang dirakam itu kelihatan lebih elok dan menarik.(masih ingat FILL in FLASH?)
- Ia juga boleh digunakan untuk menghasilkan kilauan pada mata sesorang.teknik ini dikenali sebagai CATCH LIGHT.
- Mengurangkan bayang bayang pada bahagaian bawah hidung dan mata seseorang
b. FLASH AUTO
- satu penggunaan FLASH yang ringkas dan mudah.
c. FLASH off
- Diperlukan ketika merakam gambar matahari terbenam atau merakam gambar bagunan yang bercahaya pada waktu malam
- Dalam kebanyakan keadaan, kamera mentafsirkan bahawa keadaan cahaya kurang dan ia akan mengaktifkan fungsi FLASH kepada AUTO. Keadaan ini sesuai jika SUBJEK yang ingin dirakam itu berada 2 atau 3 meter dari kita, tetapi bagaimanapula dengan SUBJEK matahari tenggelam dan bangunan yang jauh itu? Jadi penggunaan FLASH ketika ini tidak diperlukan.(sila rujuk kembali teknik mengambil gambar pada waktu malam)
d. RED eye REDUCTION
- Membantu untuk mengurangkan kesan RED EYE
- Kesan RED EYE ialah disebabkan cahaya FLASH mencerahkan saluran darah pada mata dan cahaya ini terpantul semula dan menghasilkan mata seakan akan PONTIANAK.takut tak?
- Sama juga keadaanya kepada kucing yang comel dan anjing tetapi hasilnya berlainan sedikit dengan mata yang bewarna hijau dan besar.
- Kesan ini juga boleh dikurangkan dengan menjauhkan sedikit jarak kamera dan SUBJEK. Tetapi jarak liputan FLASH akan berkurangan.
- Walaupun kesan ini tidak boleh dielakan apabila FLASH dinyalakan tetapi ia boleh dikurangkan dengan mengubah saiz anak mata supaya kesan kemerahan ini boleh dikurangkan.
- Caranya ialah dengan membiaskan mata dengan cahaya yang terang supaya anak mata itu mengecil. Ini dilakukan dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan menggunakan lampu selama beberapa saat sebelum gambar diambil.
- Ataupun kita boleh meminta SUBJEK untuk melihat cahaya pada Telefon bimbit atau pemetik api terlebih dahulu.
e. SLOW SYNC
- Jurugambar menggunakan fungsi ini untuk kebebasan berkreatif
- Ia akan memancarkan cahaya dari FLASH dengan menggunakan SHUTTER SPEED yang panjang
- Bagus untuk merakam gambar matahari tenggelam dan apabila kita mahu keadaan suasana di hadapan kelihatan cerah juga.
- Sesuai juga untuk merakam gambar kereta atau motorsikal yang sedang bergerak dan latarbelakang yang kabur
3. Merakam Imej yang bergerak
- Pelbagai situasi yang kita boleh tentukan untuk merakam imej yang bergerak
- Samada ahli sukan sedang berlari menuruni bukit atau burung yang sedang menyambar ikan di sungai
- Kita boleh tentukan hasilnya mengikut kretiviti kita sendiri
a. Membekukan pergerakan
- jika kita ingin membekukan imej subjek yang sedang bergerak,kita perlu menggunakan SHUTTER SPEED yang singkat(laju)
- sekurang kurangya saya akan menggunakan SHUTTER SPEED 1/300 untuk membekukan imej keseluruhanya
- adakalanya imej subjek yang ingin dirakam itu sangat laju seperti kereta lumba,dan kita harus menggunakan SHUTTER SPEED yang lebih tinggi seperti 1/1000
- ini tidak akan menjadi masalah kerana kebanyakkan kamera sekarang mempunyai SHUTTER SPEED yang laju sehingga 1/8000
b. Pergerakan Kabur untuk keseluruhan pemandangan
- Jika kita ingin menghasilkan gambar yang kabur yang menunjukkan kelajuan sebuah kereta itu,haruslah kita menggunakan SHUTTER SPEED di bawah 1/100.
- Teknik ini amat berhasil apabila kita lakukan ia ketika latar belakangya mempunyai cahaya dari pelbagai warna
- Ia juga sesuai ketika di mengambil gambar alam semulajadi,pokok yang sedang ditiup angina dan air sungai yang sedang mengalir deras.
- Kombinasi kabur dan permainan warna akan menghasilkan gambar seolah olah ianya dilukis.
c. Panning
- Imej yang hanya kabur di bahagian belakang tetapi SUBJEK tidak kabur
- Teknik ini amat rumit dan memerlukan kesabaran dan kemahiran.
- Menggunakan SHUTTER SPEED yang panjang dan menggerakkan kamera mengikut pergerakan yang sama seperti SUBJEK
- Apabila dilakukan dengan betul ia akan menghasilkan imej SUBJEK yang jelas dan imej BACKGROUND yang kabur,ini seolah olah menonjolkan pergerakan sesuatu SUBJEK itu.
- Latihan perlu untuk menguasai teknik ini
- Gambar yang mengaplikasikan teknik ini selalunyai memenangi pertandingan fotografi
d. Pergerakkan kabur hanya untuk subjek sahaja
- Selalunya diaplikasikan ketika waktu malam dengan kombinasi cahaya dari lampu kereta dan sebagainya.
- Kita sudah pastinya selalu melihat gambar yang merakam hanya satu garisan cahaya di atas jalan.
- Perlu menggunakan TRIPOD ini kerana kita menggunakan SHUTTER SPEED yang lama
4. Gambar potret yang bagus
- Kita semua boleh merakam imej potret Cuma yang membezakanya ialah cantik atau tidak.
- Bagaimanapula nak menghasilkan gambar potret yang berkesan?
a. Apa itu potret?
- Potret menggambarkan fizikal SUBJEK terutamanya pada bahagian muka.
- potret yang baik tidak hanya menggambarkan keadaan fizikal sesorang itu malah ia juga mencerminkan sifat dan karakter .
b. Pendedahan Karakter
- Potret yang baik sekurang kurangnya mendedahkan satu elemen personality SUBJEK.
- Antaranya perangai, tabiat pelik atau keadaan yang membezakan SUBJEK itu dengan yang lain.
- Mungkin ramai juga antara kita sebelum ini telah mengambil imej bapa,emak, adik, kekasih kita dan menganggap gambar itu sudah cukup baik. Benarkah?
- Sebenarnya kita hanya mengambil gambar SUBJEK yang hanya menunjukkan keadaan fizikal,bagaimana pula dengar sikap dan karakter SUBJEK itu?
- Bagaimana pula jika kita mengambil gambar SUBJEK yang tidak dikenali? Ia memang sesuatu yang mencabar.
c. Bagaimana kita ingin mendedahkan Karakter?
- kita semua menonjolkan dan meluahkan perasaan dengan cara yang berbeza. Dan ada diantaranya meluahkanya dengan cara yang samar samar.
- Kita perlu memahami SUBJEK dengan memerhati cara SUBJEK bertindak,sikap,reaksi,ekspresi, pergerakan badan dan sebagainya. Dari sini kita boleh menentukan bagaimana cara yang terbaik untuk merakam SUBJEK.
- Komunikasi yang berkesan membantu kita dalam menghasilkan Potret yang baik
- Berbual dengan SUBJEK tentang hobi, berita terkini atau apa apa pun
- Komunikasi akan membuatkan SUBJEK lebih tenang dan rasa tidak terganggu. Sudah semestinya imej yang bakal dirakam itu nanti nampak lebih natural.
- Cuba cari jalan untuk memastikan SUBJEK tidak rasa terganggu.
d. Waktu yang sesuai untuk merakam potret
- Ketika SUBJEK berada dalam kedudukan yang selesa dan apabila kita sudah bersedia untuk merakam.
- Imej potret tidak harus dirakam dalam keadaan kelam kabut
- Jangan juga merakam SUBJEK ketika dalam keadaan keduanya duanya senyap.
- Jangan sesekali menamatkan komunikasi hanya kerana kita sudah selesai merakam imej SUBJEK. Jika sesi itu kelihatan seperti baik, teruskan dan ini akan menambahkan keyakinan SUBJEK dan sudah tentu imej yang bakal dirakam akan kelihatan lebih menarik.
- Merakam imej SUBJEK ketika mereka bercakap akan menghasilkan gambar yang menarik dan akan mendedahkan ekspresi.
- SUBJEK tidak perlu tersenyum untuk menjadikan ianya potret yang baik.
e. Faktor yang lain
- Banyak lagi faktor yang mempengaruhi keberkesanan sesuatu potret itu. Tetapi yang terutamanya tentulah pengawalan dari jurugambar yang menjadi asas.
- Kawal keadaan dan bukan SUBJEK yang mengawal kita.
- Persiapan awal harus ada.
- Keyakinan dalam sesi dan tenang kerana sikap kita ini akan mempengaruhi SUBJEK
- Ingat! Kita merakam potret SUBJEK dan bukan keadaan di sekelilingya
- Imej yang dirakam haruslah mengetengahkan suasana, personality dan karakter yang akan memberikan gambaran SUBJEK itu.
f. Lokasi
- Jika tidak mempunyai studio, tumpukan perhatian pada potret persekitaran.
- Ketengahkan SUBJEK dan juga keadaan sekelilingya tetapi jangan sampai menenggelamkan SUBJEK.
- Gunakan nilai APERTURE yang besar untuk memberi tumpuan pada SUBJEK.
g. Pencahayaan
- Gunakan fungsi SOFT FLASH.
- Cahaya dari tingkap atau lampu di sekeliling.
- Cahaya matahari mampu memberikan pencahayaan yang sempurna
- Waktu redup memberikan pencahayaan yang sekata manakala matahari yang terik kadangkala memerlukan kita menggunakan REFLECTOR untuk mengelakkan bayang bayang yang keras. Ini sama seperti konsep FILL in FLASH.
5. Gambar Lanskap yang bagus
- Tempat yang tinggi selalunya memberikan pengawalan pemandangan.Jika kamera anda mempunyai fungsi MANUAL, gunakan APERTURE f11 atau f16 untuk memastikan keseluruhan pemandangan adalah dalam keadaan fokus.
- Awal pagi dan lewat petang adalah masa yang sangat sesuai untuk merakam imej lanskap. Ini kerana pada ketika ini, sudut pencahayaan matahari adalah rendah dan akan menghasilkan bayang bayang dan tekstur yang menarik.
- Kebiasaanya lanskap yang menarik tidak mudah didapati di tepi jalan,sebaliknya perancangan awal dengan membuat rujukan di laman web tentang lokasi yang menarik adalah satu tindakan yang bijak.
- Lensa jarak luas selalunya digunakan untuk Lanskap ini kerana ia memberikan lebih luas pemandangan dan menghasilkan perspektif. Terdapat satu alat yang dipanggil “WIDE ANGLE LENS CONVERTER” di pasaran. Alat ini dipasang pada hadapan lensa untuk menghasilkan imej luas seakan akan kita menggunakan WIDE ANGLE LENS.
- Imej lanskap akan lebih menarik jika satu elemen di hadirkan sebagai FOREGROUND untuk menghasilkan satu kesan “jarak” atau perspektif yang menarik.Pastikan kita guna APERTURE kecil untuk mengelak imej menjadi kabur.
- Pastikan kita tidak lupa untuk membawa TRIPOD, ia untuk mengelakan gambar menjadi kabur. Dapatkan TRIPOD yang ringan kerana kita akan menggunakan tenaga untuk mencari lokasi yang lebih menarik.
- Cari lokasi yang membolehkan kita abaikan bahagian atas dan bahagian bawah untuk menghasilkan imej yang lebih dramatic seakan akan komposisi panorama “LETTERBOX”
- Gunakan POLARIZING FILTER untuk menggelapkan sikit langit dan meninmbulkan sedikit warna pada lanskap.( FILTER ini boleh dikatakan harus ada untuk setiap fotografi lanskap)
- Gunakan HYPERFOCAL DISTANCE untuk mendapatkan SHUTTER SPEED yang singkat dan DEPTH OF FIELD yang hebat. HYPERFOCAL DISTANCE membolehkan kita merakam lanskap yang jelas dari FOREGROUND sehingga BACKGROUND. Ia lebih bagus dari menetapkan jarak fokus lensa pada infiniti.
- Jika kamera kita mempunyai pilihan untuk merakam gambar dalam format RAW pastikan kita menetapkan dalam format ini selain JPEG. Format RAW sudah tentu akan menggunakan ruang yang besar dalam MEMORY CARD tetapi ia tidak akan melakukan perubahan pada resolusi imej seperti JPEG. Format RAW membolehkan kita mengolah gambar pada tahap yang lebih selesa dengan menggunakan perisian seperti ADOBE PHOTOSHOP.
- Lain dari yang lain. Hasilkan imej lanskap anda dalam keadaan yang tidak pernah dilihat sebelumnya. Jurugambar yang cekap boleh menghasilkan imej yang sama seperti orang lain, tetapi jurugambar yang hebat menghasilkan imej yang unik. Elakan imej yang sudah basi. Cuba sudut yang berlainan seperti sudut rendah. sudut pandangan dari mata haiwan mungkin nampak lebih dramatik
- Hasilkan gambar yang mempunyai cerita. Cari tema, frasa kata, dan sudut penglihatan yang akan menerangkan segala galanya.
6. Fotografi Seni bina (architecture)
- Kunci bagi imej senibina yang menarik ialah dengan memahami apa itu imej DISTORTION(herotan) dan pemilihan waktu yang sesuai untuk merakam.
- Garisan dinding samada melintang atau menegak kadang kadang nampak DISTORT(herot) ini disebabkan oleh sudut yang tidak sesuai ketika merakam dan penggunaan alatan yang tidak betul.
- Jika kita merakam gambar bangunan yang tinggi, elakan merakam dari sudut bawah ini kerana bahagian bawah bangunan akan kelihatan lebih besar berbanding bahagian atas. Cari lokasi yang tinggi kalau boleh untuk sudut yang lebih baik.
- Pencahayaan yang berbeza juga menghasilkan suasana yang berbeza. Jika bangunan itu tidak dapat pencahayaan yang secukupnya ketika waktu siang, mungkin pada waktu malam lebih baik cahayanya. Pastikan juga imej yang dirakam itu mempunyai cerita yang boleh disampaikan. Seperti blok pejabat yang hanya mempunyai satu ruang bilik sahaja yang bercahaya.
- Cahaya tepi akan menghasilkan bayang bayang yang lebih dramatik di hadapan manakala cahaya dari belakang pula akan menghasilkan imej siluet.
- Kebanyakan gambar bangunan yang cantik dirakam ketika waktu malam dan ketika masih ada cahaya sedikit di langit. Kita tidak perlukan peralatan kamera yang mahal untuk menghasilkan imej yang cantik. Jangan lupa TRIPOD.
7. Tempat yang menarik dan sekitarnya
- Suasana ketika Matahari terbit dan matahari tenggelam akan memberikan bayang bayang yang panjang,pencahayaan yang unik dan bermacam macam warna yang akan timbul.
- Jika kita sudah memilih lokasi,pastikan kita tiba awal ketika matahari baru hendak terbit sama juga ketika 15 minit sebelum matahari tenggelam.
- Fotografi banyak mengajar kita erti kesabaran. Pastikan keadaan sekeliling,lihat sekali lagi dan rakam. Tunggu sehingga orang ramai dan cahaya yang secukupnya. Pastikan sudut yang berlainan. Kekalkan imej kita seringkas yang mungkin untuk menarik pandangan pada SUBJEK.
- Gunakan peraturan komposisi seperti RULES OF THIRD, GOLDEN SECTION dan sebagainya. Berkemungkinan kita akan menghasilkan gambar yang lebih dinamik, seimbang dan harmoni.
- Gunakan SHUTTER SPEED yang panjang untuk menghasilkan pergerakan pada imej jika perlu
- Pastikan gambar yang ingin kita rakam itu menceritakan suasana tempat dan keadaan sekitarnya.
8. Still Life ( hidupan pegun)
- Rakaman imej jenis ini selalunya dirakamkan di ruang dalam. Kita perlukan lampu yang baik. Tingkap selalunya memberikan pencahayaan yang cukup dari matahari.
- Haruslah berhati hati apabila kita menggunakan FLASH terbina dalam kamera. Semakin dekat FLASH dengan SUBJEK akan menghasilkan pencahayaan yang agak terang. Gunakanlah tisu untuk mendapatkan pencahayaan dari FLASH yang lebih tersebar.
- Jika kita menggunakan cahaya dari matahari, berkemungkinan kita perlu untu menetapkan SHUTTER SPEED pada waktu panjang. Gunakan TRIPOD dan TIMER. Jangan lupa untuk mengimbangi cahaya dengan meletakkan sekeping kertas bewarna putih di bahagian bertentangan untuk memantulkan cahaya.
- Mulakan merakam gambar hidupan pegun dengan kuantiti yang kecil. Mulakan dengan satu SUBJEK. Perhatikan bagaimana cahaya mempengaruhi SUBJEK. Tambahkan elemen yang lain untuk komposisi yang berlainan. Teruskan dengan cara ini sehingga kita berpuas hati.
- Semasa merakam SUBJEK, selalu fikirkan tentang kontra warna, sifat sifat cahaya dan tekstur.
- Perhatikan Latarbelakang. Latarbelakang akan menghasilkan kontra warna. Latarbelakang yang baik juga akan membantu untuk menonjolkan lagi SUBJEK. Latar belakang yang kurang elok akan menenggelamkan SUBJEK.
- Kain baldu hitam akan menyerap cahaya dan ianya boleh digunakan apabila kita tidak mahu sebarang pantulan cahaya pada SUBJEK.
- Rakam gambar yang berinspirasi. Bagaimana? Dengan meneliti jenis cahaya dan bayang bayang. Fikirkan tentang tajuk lagu dan luahkan ia dalam bentuk gambar. Judul buku atau pun peribahasa juga membantu.
- Jika kita mempunyai perisian yang membolehkan kita untuk mengolah gambar, gunakan ia. Olah mengikut konsep yang bertema.
- Praktiskan lebih banyak tentang pemahaman komposisi dan pencahayaan. Jangan gusar jika imej yang kita rakam tidak menjadi, sebaliknya belajarlah dari kesilapan.
9. Makro atau jarak dekat
1) Pilih MACRO MODE pada kamera anda
- Ramai antara kita yang kurang peka dengan kehadiran fungsi ini. MACRO MODE diwakilkan dengan symbol bunga kecil.
- Terdapat dua pilihan pada MACRO MODE, samada kita memilih untuk memfokus SUBJEK pada jarak yang begitu hampir dengan lensa atau pada keadaan biasa.
- MACRO MODE selalunya akan mengingatkan kita bahawa pengunaan APERTURE yang besar adalah digalakkan supaya BACKGROUND dapat dipisahkan antara SUBJEK.
2) Gunakan TRIPOD
- TRIPOD amat berguna untuk mengelakkan gambar kita dari kabur dan membenarkan kita mencuba pelbagai komposisi yang berlainan
3) APERTURE
- Kebanyakan kamera tidak banyak memberikan pilihan untuk mengubah fungsi yang lain semasa fungsi MACRO dipilih. Tetapi jika kamera kita membenarkan untuk mengubah nilai APERTURE ia sudah cukup bagus sebenarnya.
- Dalam topic pembelajaran kita tentang APERTURE, fungsi APERTURE ialah untuk mendapatkan DEPTH OF FIELD. Dalam konteks ini, sila pilih APERTURE yang besar(nilai APERTURE kecil) jika kita mahukan DEPTH OF FIELD yang besar dalam erti kata lain hanya SUBJEK yang diinginkan sahaja dalam keadaan FOKUS atau pilih APERTURE yang kecil(nilai APERTURE besar) untuk menghasilkan keseluruhan imej dalam keadaan FOKUS dari FOREGROUND hingga ke BACKGROUND.
- Dalam MAKRO fotografi selalunya APERTURE yang besar(nilai APERTURE kecil) digunakan.
4) PemFOKUSan
- MAKRO fotografi memerlukan pemfokusan yang baik. Terutamanya ketika kita menggunakan APERTURE yang besar dimana hanya SUBJEK sahaja dalam keadaan FOKUS.
- Jika kamera kita mempunyai fungsi untuk mengubah jarak FOKUS secara manual, gunakan ia untuk menentukan titik FOKUS yang agak menarik.
5) Komposisi
- Ingat kembali undang undang dalam Komposisi seperti RULES OF THIRD dan seterusnya.
- Pastikan imej yang akan terhasil itu nanti mempunyai titik penting yang mampu menonjolkan SUBJEK. Pastikan juga SUBJEK itu berada pada kedudukan yang sesuai. Latarbelakang juga memainkan peranan yang penting.
6) FLASH
- Dalam MAKRO fotografi, pencahayaan adalah penting. Samada pencahayaan asli atau tiruan dapat mempengaruhi suasana.
- Jika kamera kita membolehkan kita untuk mengubah nilai kekuatan cahaya dari FLASH, ubah lah ia mengikut kesesuaian jarak SUBJEK dan lensa.
- Gunakan tisu dan diletakkan di hadapan FLASH untuk mendapatkan Cahaya yang lebih tersebar.
- Dapatkan kertas A4 atau seumpamanya untuk bertindak sebagai REFLECTOR bagi mengimbangi cahaya.
- Cubalah bereksperimen dengan cahaya.
7) Rakaman Imej
- Setelah gambar MAKRO dirakamkan, pastikan kita melihat terlebih dahulu hasilnya pada monitor LCD di belakang kamera. Pastikan imej yang dirakam itu berada dalam keadaan jelas dan tidak kabur.
- Cuba bereksperimentasi dengan cahaya yang berlainan, gunakan APERTURE yang berlainan, komposisi dan titik fokus untuk mendapatkan imej yang terbaik.
8) MACRO LENS ATTACHMENT
- Sesetengah kamera digital mempunyai aksesori yang boleh ditambah dihadapan lensa.
- Ini untuk membantu dalam memudahkan MAKRO fotografi. Aksesori ini akan membesarkan imej yang akan kita rakam itu dan membolehkan kita untuk merapatkan lagi jarak SUBJEK dan lensa
9) SELF TIMER
- Penggunaan SELF TIMER dan TRIPOD membantu kita untuk memastikan imej yang akan dirakam itu berada dalam keadaan yang jlas sekali. Bebas dari goyangan yang akan menyebabkan imej MAKRO kabur.
10. Haiwan
a. Pencahayaan
- Pencahayaan yang menarik ialah cahaya semulajadi iaitu matahari. Jika haiwan itu adalah haiwan perliharaan kita, seelok eloknya bawalah ia keluar dari rumah atau sebagainya.
- Cahaya dari tingkap juga membantu.
- Posisikan atau ubah kedudukan haiwan itu supaya ia dapat menggunakan cahaya dengan optimum. Cahaya dari belakang dan sedikit ke sisi adalah satu pemilihan yang baik.
- Elakkan dari cahaya matahari langsung. Ini kerana ia akan mengubah warna,kontra dan tekstur semulajadi haiwan itu. Sebaliknya cuaca mendung yang terang adalah satu pilihan juga.
- Jangan gunakan FLASH kerana ia akan menghasilkan kesan RED EYE dan mengherotkan bayang bayang dan perincian haiwan kesayangan kita itu. Melainkan jika haiwan kesayangan kita itu memakai kot hitam, dan haruslah kita menggunakan flash.
b. Komposisi
- Rakam dari aras yang sama dengan haiwan kita.
- Jangan memaksa ia untuk mendongak melainkan kita berniat untuk merakam imej sebegini.
- Jangan tunggu sehingga haiwan kesayangan kita datang kepada kita, sebaliknya kita perlu mendekatinya untuk memastikan haiwan kesayangan kita itu berada dalam keadaan selesa. Bayangkan kita berada dalam dunia mereka. Walaupun kita terpaksa berbaring atas rumput atau lantai sekalipun. Komposisi ini sangat bagus apabila kita ingin merakam potret penuh.
- Rakam seberapa imej potret yang boleh dengan menggunakan fungsi ZOOM dan cuba pastikan potret wajah haiwan kesayangan kita memenuhi setiap ruang gambar.
- Dapatkan bantuan rakan atau ahli keluarga untuk memegang haiwan kesayangan kita supaya kita dapat mengubah posisi dan sudut pandangan yang berbeza.
c. Personaliti
- Pastikan haiwan kesayangan kita berada dalam keadaan selesa. Kehadiran kamera boleh mengganggu ia.
- Dengan bantuan rakan dan ahli keluarga, kita boleh mengubah perhatian haiwan kesayangan kita dan jadikan ia leka.
- Rakam ekspresi dan karakter haiwan kesayangan kita. Jika ia gembira, cuba rakamkan imej yang menunjukan senyuman mereka walaupun dalam versi mereka sendiri.
- Sediakan alat mainan seperti bola atau tikus dan sebagainya. Letakan mainan ini betul betul di hadapan kamera dan biarkan mereka mencuba untuk mendapatkanya. Anda akan merakamkan saat yang paling baik sekali.
- Cuba untuk menghasilkan bunyi yang akan menarik perhatian mereka.
11. Abstrak
- menggunakan warna dan corak untuk menghasilkan imej yang tidak mempunyai maksud sebenar. Tiada SUBJEK.
- Mengetengahkan corak dan tekstur tidak seperti jenis fotografi yang lain yang ada SUBJEK.
- Menghasilkan imej abstrak adalah senang Cuma untuk mendapatkan imej abstrak yang baik sedikit sukar.
- Cara yang senang untuk menghasilkan imej abstrak ialah dengan menggunakan air yang mengalir. Gunakan SHUTTER SPEED yang panjang untuk menghasilkan imej yang seakan bergerak. Tetapi adakah imej yang akan terhasil ini akan nampak menarik?
- Peranan cahaya amat penting, dengan keadaan matahari sedikit condong ke bawah akan menghasilkan warna yang menarik. Gunakan perisian ADOBE PHOTOSHOP dan seumpamanya untuk menghasilkan warna yang berlainan kemudian.
- Merakam imej bendera yang sedang berkibar ketika ditiup angin dengan menggunakan SHUTTER SPEED yang panjang juga akan menghasilkan imej abstrak.
- Penuhkan ruang gambar anda.
- Imej bunga yang diambil dengan jarak dekat dan dipenuhkan ruang gambar juga menghasilkan imej abstak yang baik.
- Kemana dan di mana juga kita berada, pasti ada sesuatu yang boleh kita jadikan imej abstrak. Warna, corak dan tekstur adalah elemen utama dalam imej abstrak.
- Tiada peraturan atau undang undang dalam menghasilkan imej abstrak. Gunakan daya imiginasi kita bersama keadaan sekeliling untuk menghasilkan imej abstrak yang baik.

Sumber web dari blog : Photography Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2012 © Reserved to Bieysha Story Design By Cik Nurfarah