Sunday 22 June 2014

Persediaan Menghadapi Praktikal Untuk Student Last Semester




          Assalamualaikum. Lame bebenor tak online nye. hehe. akibat kekangan masa, line problem or sengaja menyibukkan diri dengan kerja-kerja sampai takde mase nak beronline nie. hahaha *Kalah perdana menteri. So dengan lafas bismillahirahmanirahim bermula lah entry ku pada bulan Jun  2014. 

         21/6/2014 (Sabtu) bermula lah sem 6, sem pendek just tinggal 1 sem lagi untuk mengharungi liku-liku perjuanganku semasa study di Kolej Islam Sains Dan Teknologi (Kist) Bachok, Kelantan bagi jurusan Diploma Psikologi. Alhamdulillah. So, berkenaan Tajuk Entry aku harini semestinya ada kaitan dengan diri aku yang akan menghadapi praktikal bulan 10/2014 nanti. Hanya Tuhan saje yang tahu tentang perasaan aku macam mana. Nervous, pening, takut semua ada. 

        Dan didalam kesempatan ini juga aku mahu berkongsi dengan rakan-rakan seblog aku nie tentang pengalaman atau persediaan aku menghadapi practikal atau latihan industri. Bagi korang yang sama dengan aku yang tengah poning duk cari tempat praktikal atau persediaan untuk praktikal, ak harap entry ak kali ni berguna untuk korang. InshaAllah.. Okey nie senarai yang aku buat untuk preparation practikal nanti. 

1. Pastikan korang jangan prepare last minute, alamat memang korang cari nahas laa. Bukan ape, nak cari tempat practikal bukan senang. Nak tunggu diorang reply bukan sehari dua, tapi kekadang sampai berminggu. Aku memang tak pernah kena tapi ni hasil dari maklumat yang aku dapat dari rakan-rakan blog aku. So, beware sayang. Kerja last minute kekadang memang jalan yang baik tapi ia atas keadaan jugak oke. Aku pun jenis buat kerja last minute, macam nak dekat exam, esk exam malam baru aku study. hahaa. Bukan ape, bila aku buat macam tuu, ape yang aku belajar senang nak masuk and senang nak ingat. Ak nie jenis belajar kekadang suka menghafal and kekadang suka memahami ayat tersebut. Atas orang kan, semua berbeza. Lain orang lain caranya. Tapi bila pasal praktikal nie, jangan nak main-main oke, tarik telingaa baru tahu. Aku nie lagi 4 bulan nak praktikal, tapi tengah duk usha tempat praktikal. Senang nanti. Dok ke gitu ?

2. Senaraikan tempat-tempat praktikal yang korang teringin sangat pergi. Macam aku tempat praktikal yang teringin and memang aku nak sangat apply ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Dan cari sebab utama kenape korang nak sangat tempat praktikal tersebut. Contoh macam aku, sebab utama dia sebab ak memang bercita-cita nak kerja dekat situ, alang-alang da masuk ke jabatan tu, why not alang-alang da terambil isinya biarlah ambil semuanya. hahaha. Opsss my peribahasa. Haa, betul tak ape yang sha cakap kan nie, betul kan ? Tapi korang jangan lupe pulak, kekadang tempat pract yang kita teringin sangat nak pergi tuu, bukan semua dia amik kemasukan pelajar pract oke. So jangan lupe jugak senaraikan tempat-tempat practikal yang lain.

3. Bila da senaraikan tempat practikal. korang submit resume korang dekat agensi tersebut. Kalau tak dapat feedback, call agensi tersebut. Kalau dapat layanan yang baik, beruntung lah korang. kalau dapat yang garang, alamat tadah telingaa jelaa ye.

4. Jangan lupaa sentiasa search dekat Encik Google oke. Sentiasaala merajinkan diri tuu untuk sentiasa beronline. Jangan jadi malas macam shaa. Oke, nie link yang boleh sha bagikan pada korang. Sebab sha rasa entry diorang nie pasal practikal banyak beri shaa idea dalam menghadapi "BULAN PRACTIKAL". Harap ia jugak dapat membantu korang yee. 
     

4. Jangan lupe untuk sentiasa berdoa, tawakal, sabar dan serahkan semuanya pada Allah. Jangan mudah putus asa. Kalau rezeki kita bukan di tempat yang kita teringin sangat nak apply tu tak dapat. tak bermakna rezeki di tempat lain pun tak dapatkan. Mungkin kita tak dapat di agensi tersebut, tapi mana tahu nanti kita akan dapat agensi lagi terbaik dari tuu. Haa, percaya atau tak, terserah pada diri masing-masing oke. Cuba, cuba dan cuba. Tak dapat ? Oke fine, cuba dan terus mencuba. Nak kejar ilmu ni banyak yang kena hadapi tapi kalau nawaitu kita baik maka Allah akan permudahkan segalanya. Amin.

     Oke, rasanya da cukup kot perkongsian sha harini. semogaa entry sha kali nie, sama-sama dapat membantu korang yang tengah buntuu macam shaa sekarang nie ye. hahaha. Kalau nk mintaa tolong or perlukan pandangan boleh emel shaa oke : Bieysha2803@yahoo.com. InshaAllah sha dapat bantu.

  P/S : Korang jugak kenaa bukak mindaa luas luas oke. Tak semestinyaa kos yang korang amik tuu just hanyaa boleh pract di tempat tertentu je. Macam kos shaa. Kos psikologi, tak semestinyaa di jabatan-jabatan kebajikan. Malah kat semua syarikat pun boleh. Kan agensi dia ada banyak bahagian. Kos shaa, boleh pract di hospital, dekat HR, kat penjara pun boleh. Korang apply jee. dapat atau tidak tu belakang kiraa. Macam nak isi borang ipta/ipt jugak. Isi jee kat semuaa kolej-kolej, universiti, kolej kemahiran dan semua lah. Then nanti just tunggu pilih je dekat mana kitaa nak pergi. haa, betul dok ?








4 000 Pengomen Hebat:

Anonymous said...

Salam sha.. tnx for sharing..dh dpt tmpt praktikal blum? ktne? sy skrg pning nk cri tmpt praktikal. sha ada tau x tmpt yg prnh student psikologi wt praktikal ktne?

Unknown said...

sorry bru reply, alhamdulillah sy dh hbs prktikal akhir bln 12 2014 hritu. sy prktikal di consultan :)
slalu klau stdnent psi prktikal kbnyakan di hospital2 psikitri, konsultan, penjara, bahagian HR, belia dan sukan, tmpt2 kebajikan dan bnyk lg.

Husna said...

kepada pelejar diluar sana hati-hati bila apply tempat praktikal. cubalah bertanya kepada senior terlebih dahulu. kebanyakkan pelajar kena buli. maksud buli itu ialah buat kerja yang tak ada kaitan langsung dengan bidang pengajian atau buat kerja personal staff tertentu (yang ni ramai tak perasan).

Jom Baca Company Review

Clipping Path said...

thanks for sharing this kind of blog...!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2012 © Reserved to Bieysha Story Design By Cik Nurfarah