Monday 21 January 2013

Cara Mengatasi Keputihan




Assalamualaikum

Now , sha nk cakap and nak beri beberapa tips untuk korang . Lebih lebih lagi kaum Hawa kan ? Mesti korang semua pernah mengalami masalah keputihan atau kekuningan . Masalah ini kadang kadang membuat kan Miss V kita berasa gatal , berbau busuk dan berlendir kan ? Masalah nie kadang kadang mengganggu aktiviti harian kita dan mengganggu hubungan antara suami isteri  . Pasti semua wanita tidak mahu keadaan ini berlaku kan .

Sebelum sha memberi tips untuk mengatasi masalah ini , sha nak kongsi sikit dengan korang kenapa masalah ini berlaku . keputihan biasanya merupakan cairan yang keluar dari kemaluan wanita tetapi kadang kadang dia keluar dalam berwarna kekuningan dan disertai dengan bau yang tidak menyenangkan dan berasa gatal di kemalauan dan menyebabkan MISS V kita menjadi bengkak kemerah-merahan . Jika anda mengalami masalah seperti itu , korang haruslah mengatasi sebelum menjadi semakin parah dan masalah ini boleh menyebabkan anda menjadi mandul  atau boleh menjadi kanser serviks . 

Keputihan mempunyai dua jenis iaitu keputihan normal dan keputihan tidak normal . Keptihan normal ini ialah pada dasarnya ia normal , organ vagina memproduksi cairan yang berwarna bening  , tidak berbau , tidak berwarna dan jumlah nya tidak berlebihan . Cairan ini berfungsi sebagai sistem perlindungan alami, mengurangi gesekan di dinding vagina pada saat berjalan dan semasa melakukan hubungan seksual.

Manakala keputihan tidak normal pula ialah keputihan yang terjadi apabila infeksi yang disebabkan oleh kuman, bakteria, jamur atau infeksi campuran. keputihan juga disebabkan oleh adanya rangsangan mekanis oleh alat-alat  kontrasepsi sehingga menimbulkan cairan yang berlebihan . Keputihan tidak normal ini ialah cairan yang keluar berwarna kuning kehijauan , berbau dan diiringi rasa gatal .

Dibawah ini sha senarai kan beberapa tips yang boleh korang ambil . Jika masalah ini tetap berlarutan , sha saran kan anda berjumpa doktor . 

  1. Usahakan membersih bahagian luar vagina dengan menggunakan tisu setelah membuang air kecil .
  2. Hindari menggunakan sabun atau larutan antiseptik yang dapat merugikan kerana cairan yang terkandung didalam nya akan menyebabkan kehilangan cairan yang normal dan dapat mematikan bakteria alamiah didalam vagina .
  3. Hindari menggunakan seluar dalam yang ketat sebaliknya menggunakan seluar yang diperbuat dari bahan catton agar sipulasi udara boleh masuk dan tidak lembab .
  4. Sering menukar pembalut pada saat datang bulan agar tidak terjadi infeksi mikroorganisme yang berasal dari dubur atau anus dan selaulah membasuh vagina dari arah depan dan belakang .
  5. Jagalah pola hidung . Sering memakan makanan yang berkhasiat dan kurang kan lah memakan makanan yang banyak mengandungi gula dan minuman yang mengandungi alkohol
  6. Jangan terlalu stress keran stress juga kadang kala menimbulakan keputihan .
Sudah enam tips yang sha bagi untuk anda semua . sha harap semua tips diatas dapat membantu korang dalam menangani masalah keputihan .



0 000 Pengomen Hebat:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2012 © Reserved to Bieysha Story Design By Cik Nurfarah