Proton Saga SV : Harga Proton Saga SV RM33,438. Bayaran bulanan RM250? Wah…hebat. Tetapi persoalannya sampai bilakah bayaran bulanan serendah untuk model kereta Proton SV mampu bertahan untuk ditanggung kalangan pembeli yang “bertuah” itu? Dan tempoh pinjaman selama berapa tahun? 9 tahun? 12 Tahun?
Haha…tak agak-agak iklan Proton kali ini bagi melariskan model Proton Saga SV kali ini. Moga-moga lebih ramai prospek pelanggan yang masuk dalam “kantung” mereka.
Kepada kalangan adik-adik yang tercari-cari kereta baru, itu terpulang kepada anda. Hak anda, keputusan anda :
Sebelum itu, buatlah sedikit kira-kira sebelum mengambil keputusan untuk membelinya supaya tidaklah annti selepas setahun akan menyebabkan berlakunya lambakan stok-stok kereta tidak sampai setahun, tetapi tersadai di stor “repo” kereta menunggu untuk dilelong.
Contohnya? Di sini :
=> http://g-mart.my/auction.html
Memang banyak. Cukup sahaja 2 bulan 21 hari, bank keluarkan notis jadual 4 dan repomen pun datang rumah/pejabat untuk tarik kereta-kereta yang “bertuah itu” :
Jikalau pemilik kereta gagal bayar “installment” yang tertunggak (biasanya 3 bulan) + cost repo (sekitar RM400) + kos simpanan di stor dalam tempoh masa 21 hari kepada pihak bank, maka kereta tersebut akan dilelong. Dan banyak model, model kereta Proton Saga FLX yang paling banyak di dalam stor itu.
Dan Berita Semasa ceritakan ini semua bukannya mahu menakutkan sesiapatetapi sebagai peringatan. Ini kerana secara realitinya setiap minggu ada sahaja kereta yang dilelong dan setiap hari ada sahaja kereta yang “kantoi” bayar bayaran bulanan kereta kepada bank dan setiap harilah juga akan ada kereta yang masuk stor repo. Dan kami tidak mahulah kalangan adik-adik & pembaca Berita Semasa termasuklah dalam kumpulan seperti ini.
Maaf Proton. Kami lebih sayangkan pembaca Berita Semasa (rakyat Malaysia aka pengguna) berbanding kapitalis seperti anda Proton.
Harga kereta Proton Saga SV serendah RM33,888. Sebulan bayar RM250, “downpayment” berapa pula? 20%? 25%? 30%?
3 Gambar Proton Saga SV (Super Value)
Hati kecil Berita Semasa kuat merasakan bayaran bulanan Proton Saga SV akan terus meningkat setiap tahun. Contohnya?
- Installment Proton Saga SV : tahun 1 & 2 (RM250)
- Installment Proton Saga SV : tahun 3 & 4 (RM350)
- dan seterusnya akan terus meningkat…….
- Belum masuk kos penyelenggaraan + insurans + campur utang + bunga bank + minyak + tol + saman AES
- Jikalau tidak bayar tidak mengapa, repomen sedia menjalankan tugasnya.
- Kemudian berpotensi bermasalah dengan pihak bank di masa akan datang, akhirnya tergendala pelan di masa akan datang pembelian rumah yang jauh lebih penting
Semakin susut nilai kereta, semakin mahal bayaran bulanan kereta Proton Saga SV. Skim seperti ini dipelopori oleh Kumpulan Naza selama ini. Sepertimana di zaman KIA Spectra dahulu, bayaran bulanan meningkat setiap tahun……
Sepatutnya sebagai seorang pelajar ada baiknya beli kereta “second hand”. Sekurang-kurangnya kadar susut nilai kereta ditanggung oleh pembeli pertama.
Harga Kereta Proton Malaysia VS Arab Saudi
- Harga Proton Waja di Arab Saudi (SAR37,950 = RM30,650)
- Harga Proton Persona di Arab Saudi (SAR36,100 = RM29,150)
- Harga Proton Gen2 di Arab Saudi (SAR33,600 = RM27,130)
- Harga Proton Waja di Malaysia (SAR37,950 = RM30,650)
- Harga Proton Persona di Arab Saudi (RM44,999 – RM50,800)
- Harga Proton Gen2 di Arab Saudi (RM46,899 – RM55,933)
Berbeza bukan harganya?
Rakyat di negara GCC/Arab hanya perlu membayar pada harga yang cukup rendah di sana kerana di negara mereka, tiada cukai kereta dikenakan. Berlainan pula di Malaysia, kita ada :
- Cukai import
- Cukai eksais
- Cukai jualan
Contohnya, Perodua Myvi dijual sekitar RM46,000 di Malaysia tetapi harga sebenarnya adalah RM24,860. Manakala, harga kereta Proton Preve CFE dijual pada harga RM73,000, walaubagaimanapun harga sebenarnya adalah serendah RM39,360. Selebihnya adalah CUKAI yang masuk dalam poket ___________________!!
Rakyat Malaysia bukan mahu dibuatkan khas apa yang dinamakan “kereta mampu milik” sepertimana pelancaran Proton Saga SV ini. Yang rakyat mahukan sebenarnya adalah harga kereta diturunkan, dengan mengurangkan cukai kereta di Malaysia.
“Untuk kurangkan harga kereta turunkan cukai kereta bukan kurangkan kualiti kereta”
Contohnya :
- Proton Persona “High line” berharga RM61,000 semasa dilancarkan
- Maksud turunkan di sini, keluarkan kereta yang sama spesifikasinya tetapi dijual pada harga RM57,000 & RM55,000
- Bukannya keluarkan Proton Persona baru kemudian kurangkan pelbagai spesifikasi, semata-mata mahu dijual pada harga murah
- Memang patut pun murah, jikalau pelbagai spesifikasi dibuang
Proton Saga SV : Bayaran Terus Meningkat!!
Berita Semasa baru balik daripada showroom. Berita Semasa dimaklumkan oeh jurujual yang ditemui :
- Bayaran Proton Saga SV RM250 untuk tahun pertama sahaja, tahun 2 & tahun 3 (RM320), tahun 4 & 5 (RM410), Tahun 7, 8, 9 (RM430), Bayaran akhir (RM391.82)
- Akhirnya akan terus meningkat kepada bayaran sejumlah RM450 ke atas sehingga mencecah RM500.
- Handling fee – RM600, OTR solid – RM33,438, OTR Metallic – 33,888
- VRS rate – 3.98%, Jumlah pinjaman (fixed) – 90%, Jenis pinjaman – konvensional, Panel bank – Maybank & Ambank
- Dalam pada masa yang sama, beberapa aksesori Proton Saga SV yang di “kecilkan” nilainya contohnya (coil mat, door visor, 1st aid kit, luggage tray, tint film, safety triangle, trunk lid cover, muffler cutter, jumper cable)
- Radio pun nak didowngrade tanpa fungsi dan pelbagai lagi aksesori lain
Dan secara kesimpulan, Berita Semasa merasakan proton Saga SV bukannya kereta mampu milik tetapi kereta ___________. Apa pandangan anda pula dengan pelancaran modle kereta Proton Saga SV kali ini?
Sumber : by
Tweet
0 000 Pengomen Hebat:
Post a Comment