Syarikat penerbangan hibrid pertama Malaysia itu mengambil masa dua jam 10 minit dan akan terbang setiap hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Miri pada pukul 8.10 pagi, manakala dari Miri ke KLIA pada 11.05 pagi.
Menteri Muda Komunikasi dan Pembangunan Infrastruktur Sarawak Datuk Lee Kim Shin bersama beberapa pegawai kanan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyambut ketibaan 150 penumpang pertama termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy, Pengarah Kewangan dan Korporat Industri Aeroangkasa dan Pertahanan Nasional (Nadi) Datuk Mohamad Sham dan 18 anggota media.
Malindo Air yang memulakan operasinya pada 22 Mac, menawarkan satu penerbangan setiap hari ke Miri dengan hiburan penerbangan percuma, snek dan 20kg bagasi bagi kelas ekonomi dan 30kg bagi kelas perniagaan. Malindo Air ialah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia dan merupakan usaha sama antara Nadi dari Malaysia dan Lion Air dari Indonesia.
Tweet
0 000 Pengomen Hebat:
Post a Comment