Wednesday 25 July 2012

Zed Zaidi Parah Kemalangan ?



Kira-kira jam 1.30 pagi tadi penulis menerima beberapa mesej melalui BBM dan Twitter yang bertanyakan berkenaan isu Zed Zaidi yang mengalami kemalangan.
Apabila penulis lihat di laman sosial Twitter, #PrayForZedZaidi sudah ‘trending’.
Ramai yang mula mempersoalkan apa yang terjadi sebenarnya.
Rupa-rupanya sekeping gambar yang menunjukkan Zed Zaidi dalam keadaan luka parah dan sedang dibantu pasukan Bomba dalam sebuah kemalangan .
Gambar tersebut telah tersebar dengan meluasnya dalam laman sosial Facebook dan Twitter.
Selain itu, menurut sumber, #PrayForZedZaidi mengambil masa kurang dari satu jam untuk ‘trending’ di Twitter.
Kalau dilihat pada gambar asal, keadaan Zed Zaidi memang parah dan macam dah tinggal nyawa-nyawa ikan aje.
Namun, menurut rakan Zed yang juga pelakon, Dato’ Raja Rezza Shah atau mesra dipanggil Shah Rezza, gambar tersebut sebenarnya merupakan babak lakonan dalam sebuah filem oleh Zed Zaidi.
Mungkin ada peminat yang lalu berhampiran tempat penggambaran dan mengambil gambar sewaktu babak tersebut.
Mengikut penelitian penulis, jangka masa kurang dari satu jam untuk ‘trending’ di Twitter merupakan sesuatu yang agak luar biasa.
Nampaknya, ramai yang masih lagi mengambil berat serta meminati Zed Zaidi walaupun dia dilanda dengan pelbagai kontroversi.
Sebaliknya, ada juga sumber yang mengatakan seorang pelakon serta pelawak telah memuat naik gambar tersebut dan menyatakan ‘Zed Zaidi xcident ,doakan beliau selamat ,amin ~info Ruthle Adam’.
Penulis sendiri tidak pasti sama ada pelawak itu hanya ingin berjenaka pada awal pagi tadi atau dia sendiri tidak mengetahui akan hal sebenar.
Harus jelas bahawa soal nyawa manusia bukanlah isu yang boleh dijadikan satu bahan jenaka.
Apa-apa pun, MyNewsHub akan mendapatkan komen dari Zed Zaidi berkenaan dengan isu tersebut.

0 000 Pengomen Hebat:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2012 © Reserved to Bieysha Story Design By Cik Nurfarah