Tuesday 24 April 2012

The Red Warriors cemas


Image © Arep Kulal 
Pemain Kelantan Daud Su Jamaludin mengasak pemain Singapura Lion XII dalam perlawanan Liga Super di Stadium Jalan Besar Singapura. (Gambar arkib).

KUALA LUMPUR, (D5) - The Red Warriors menerima perkhabaran berita buruk selepas kehilangan dua pertahanan menjelang pertemuan dengan Kedah pada pusingan kedua separuh Piala FA, 1 Mei ini.
Dua tonggak pertahanan tersebut ialah S. Subramaniam dan Mohd Daudsu Jamaluddin, masing-masing telah digantung perlawanan.
Selain penggantunggan, Kelantan juga berdepan jadual perlawanan ketat kerana akan terlibat dalam saingan Piala AFC sebelum turun bertemu Kedah nanti.
Lebih memburukkan keadaan lagi ialah Kedah kini memiliki kelebihan gol ditempat lawan selepas seri 1-1 di Kota Bharu tempoh hari.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim mengakui kekurangan yang dimiliki mereka dan berharap nasib kali berada di pihak mereka.
"Jadual kami ketat dengan perlawanan AFC, manakala Kedah pula berehat selama 10 hari," kata Azman.

0 000 Pengomen Hebat:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2012 © Reserved to Bieysha Story Design By Cik Nurfarah