Friday, 18 May 2012

Adi Putra Fail Cerai Secara Baik

KL, 17 MEI 2012: Aktor kacak , Adi Putra mengesahkan telah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu.
Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Adi Putra menjelaskan keputusan untuk bercerai itu adalah persetujuannya dengan isteri yang mahu berpisah secara baik.
Malah, perceraian itu difahamkan merupakan jalan terakhir selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga. Tetapi apakan daya kerana setakat ini sajalah jodoh kami," katanya.
Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," luahnya yang seperti tidak mahu mengulas lanjut.

3 000 Pengomen Hebat:

Cik Fie said...

Assalammualaikum Singgah Sini . Cik Fie nak invite join Random Giveaway Cik Fie Jom terjah blog cik fie ! mynameishafizah.blogspot.com/2012/05/random-giveaway-by-cik-fie_19.html :)

Lida Rahim said...

assalam biesya,

biesya ada join GA akak kan? tapi awat akak nak open link tu x leh erk? anyway jom ke blog akak.. something is waiting for u :)

kalau dalam masa 3 hari tak de feedback, akak akan buat cabutan baru ye

NOOR FATIN said...

nasib baik la diorg bersama balik.. huhu

jemput join giveaway saya kepada yang belum join tu ;D

tarikh tutup: 7 jun 2012

http://anakmama89.blogspot.com/2012/05/topup-giveaway-by-noor-fatin.html

;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2012 © Reserved to Bieysha Story Design By Cik Nurfarah