26 JULAI 2010 : Tak serik-serik. Itulah yang Murai Batu patut katakan kepada salah sorang pelakon komedi yang juga bekas anggota kumpulan pelawak ini. Apa tidaknya, sudah beberapa kali dia ditangkap dan dilepaskan kerana dituduh memiliki dadah sebelum ini.
Namun, pelakon itu sekali lagi dicekup kerana selepas ujian air kencingnya didapati positif ganja dalam serbuan di sebuah pusat hiburan, semalam.
Menurut sumber, pasukan polis menyerbu pusat hiburan tu kira-kira jam 1 pagi dan 3 orang telah ditahan termasuklah pelakon tersebut kerana dipercayai mengambil bahan terlarang itu.
Murai Batu masih ingat satu persatu pasal kes dadahnya sebelum ini. Tapi sebelum ini dia sering bernasib kerana dibebaskan daripada beberapa tuduhan oleh mahkamah Majistret.
Dia pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memasukkan syabu ke dalam badan, tetapi mengaku tidak bersalah dan kemudian dibebaskan daripada tuduhan itu. Dia juga pernah dibebaskan daripada tuduhan memiliki kanabis serta kodein beberapa tahun lalu.
Pelawak terbabit turut dikatakan pernah ditahan memiliki dua tiub straw mengandungi syabu di Brickfields, tetapi dia tidak mengaku bersalah.
Sumber berkata, ketika dicekup dalam serbuan sebelum ini, pelawak terbabit dikatakan sering merayu agar dibebaskan, namun dia seolah-olah tidak serik apabila ditangkap sekali lagi semalam.
Murai Batu juga percaya, para peminat sendiri boleh mengagak siapakah pelakon yang dimaksudkan itu.
MURAI BATU: Macam manalah keadaaan Saiful Apek. Jangan makin kurus sudah.
Tweet
0 000 Pengomen Hebat:
Post a Comment