Friday 18 May 2012

Morgan Tidak Tolak Jodoh Dengan Stacy

Morgan Tidak Tolak Jodoh Dengan Stacy

KUALA LUMPUR, 2 MEI 2012: Hasrat Stacy untuk berduet bersama Morgan dari kumpulan SMASH Indonesia tidak tercapai pada persembahan minggu ke tujuh galaksi Mania yang berlangsung di Shah Alam, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, persembahan Stacy pada minggu berkenaan sangat mempersona sehingga boleh disifatkan sebagai persembahan bertaraf antarabangsa.
Malah, kolaborasi Stacy bersama vokalis Projek Pistol iaitu Cliff Umar sangat mantap.
Pun begitu, perlawaan pihak produksi Mania untuk menyatukan Morgan dan Stacy di pentas sampai ke gegendang pendengaran Morgan sendiri.
Malah, Morgan turut mengikuti dan membaca laporan mengenai hasrat ini portal rasmi Mania iaitu murai.com.my.
Menjawab mengenai lamaran ini, Morgan memohon maaf kerana sehari sebelum Mania diadakan minggu lalu, dia sudah terikat dengan anugerah berprestij di Indonesia yang melayakkan SMASH menang tiga anugerah dari empat kategori yang tercalon.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat membuat persembahan dengan Stacy pada minggu lalu.
"Saya tidak keberatan untuk menyanyi dan menari bersamanya. Namun, masa tidak mengizinkan memandang jadual SMASH juga padat.
"Kalau diizinkan Tuhan, saya akan cuba untuk memenuhi undangan dari Malaysia tidak kira sama ada dari Stacy atau pun orang lain.
"Saya juga tidak akan menolak andainya saya berjodohan dengan Stacy," katanya.
Sementara itu, Morgan ternyata gembira apabila peminat Stacy menyokongnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi tersebut.
Pun begitu, dia hanya mampu tersenyum tatkala ditanya tentang percintaan dengan pelantun lagu Kasanova.
Dalam pada itu, portal murai.com.my dimaklumkan, Stacy masih lagi berhasrat untuk berkerjasama dengan Morgan dalam beberapa projek.
Bagaimanapun, ia masih lagi menjadi tanda tanya apakah projek tersebut dan adakah ia masih berkaitan dengan Mania.
Kita tunggu jawapan daripada Stacy.




0 000 Pengomen Hebat:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2012 © Reserved to Bieysha Story Design By Cik Nurfarah