Friday 18 May 2012

Bella Tanda Cinta Stacy Dan Akim ?



KUALA LUMPUR, 18 MEI 2012: Belum pun reda kisah Akim cemburukan Stacy bersama Morgan Smash, pelantun lagu Kasanova itu diheret pula dengan cerita baru yang berkait rapat dengan anak angkatnya bernama Bella Valentina.
Desas-desus mengatakan, Bella yang berusia tiga bulan itu adalah tanda cinta Stacy bersama dengan Akim. Benarkah begitu?
Bagaimanapun, ratu tari itu tidak pula melatahsebaliknya merasa pelik kerana semakin hampir dia beraksi ke kemuncak Mania, dia sering saja dikaitkan dengan pelbagai gosip.
"Aduhai. Macam-macam cerita yang saya dengar. Bella tu masih milik kami sekeluarga. Tiada kena mengena langsung dengan Akim.
"Apa salahnya Akim sayang dan mesra pada Bella. Sesiapa saja boleh bermesra dengan Bella. Terus-terang, saya langsung tiada terlintas untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
"Apatah lagi berkahwin dengan Akim. Kami hanya kawan rapat dan saya masih lagi belum berpunya," katanya.






0 000 Pengomen Hebat:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2012 © Reserved to Bieysha Story Design By Cik Nurfarah