Friday, 18 May 2012

Fasha Sandha Bunting Pelamin

Fasha Sandha Bunting Pelamin

Foto Ihsan Laman Twitter Rasmi Fasha Sandha
KUALA LUMPUR, 15 MEI 2012: Petang semalam ketika Murai Batu dalam perjalanan pulang daripada kerja, didalam kesesakan jalan raya itu Murai Batu cuba menghilangkan kebosanan dengan membelek Blackberry. Maklum sajalah sekarang, gosip semua dihujung jari, Murai Batu tidak mahu ketinggalan.
Tidak salah telahan Murai Batu setelah melihat kemaskini Twitter, sebuah berita gembira telah dikongsi oleh pelakon popular yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada hujung April lalu iaitu Fasha Sandha melalui akaun Twitternya @FashaSandha1.
Entri yang berbunyi "Bunting pelamin, Rezeki dari Allah yg paling bermakna buat setiap pasangan suami Isteri. Syukur Alhamdulillah. Doa kami berdua dimakbulkan Allah. Terima kasih keluarga, peminat yg mendoakan kebaikan utk kami. Doakan agar kandungan awal ini sihat selalu.. Syukur. Amin"
Gembira Murai Batu rasa setelah hubungan cinta mereka telah dibuktikan sekali lagi dengan cahaya mata yang akan menghiasi hidup Fasha dan Jejai.
Khabarnya, kandungan itu baru saja berusia kurang daripada dua minggu. Menurut Fasha kandungannya itu bunting pelamin. Amboi! Bukan main hebat lagi penangan si Jejai. Apa-apa pun, portal Murai.com.my mahu mengucapkan tahniah kepada Fasha dan Jejai.
Mereka berdua yang baru sahaja pulang dari bulan madu di Pulau Redang ini pasti bertambah gembira dengan perkhabaran terbaru ini.
Disamping itu, Fasha juga mengucapkan setinggi syukur kepada Allah dan diharapkan Fasha akan sentiasa berada dalam lindungannya.







2 000 Pengomen Hebat:

vendoline said...

mcm2 isu fasha ni.ish2

Unknown said...

@Edy Fee tu la . haisshhh !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2012 © Reserved to Bieysha Story Design By Cik Nurfarah