Ramai wanita asia yang berkeinginan untuk memakai pembayang mata warna terang tetapi tidak mengetahui teknik merias. Kebiasannya mereka hanya sekadar menyapu pembayang mata tanpa meratkannya terlebih dahulu dan menggabungkannya dengan warna lain. Kelopak mata yang dihias dengan pilihan warna terang akan membuatkan wajah wanita asia kelihatan lebih segar dan bergaya. Antara pembayang mata berwarna terang yang boleh menyerlahkan keanggunan ialah biru, hijau, ungu dan merah jambu. Jika takut solekan tampak tebal, bolehlah merias wajah dengan solekan yanglembut untuk kesan solekan yang minimal. Sebelum menyapu pembayang mata, pastikan solekan asas dilakukan seperti menyapu pelembab, krim asas, bedak tabur dan bedak asas. Dengan solekan asas, solekan wajah akan nampak sempurna dan kelihatan lebih kemas. Sekiranya, warna biru menjadi pilihan, sapukan pembayang mata disekitar kelopak mata. Jika ingin kelihatan lebih menarik, gunakan pembayang mata biru yang berkilat untuk efek glamor. Tiga cara mahu ciptakan solekan mata dramatik menggunakan warna terang:
JELAS DAN MENONJOL : Gunakan rona gelap untuk memberi definasi mendalam. Ia sesuai untuk solekan malam. Contoh hitam dan ungu metalik, biru terang dan biru gelap atau hijau metalik dan coklat.
LEMBUT DAN SEMULAJADI : Tambah rona serah untuk melembutkan warna atau tambah nuansa warna. Contoh coklat dan putih, ungu metalik dan biru terang atau merah jambu dan ungu metalik.
CERIA DAN MANJA : Gabung warna terang dan teksturuntuk kemasan unik. Sesuai untuk gaya majlis atau parti. Contoh Hijau metalik dan biru terang atau perak dan emas.
Disebabkan warna biru merupakan warna terang, jadi untuk bahagian pipi dan bibir, oleskan warna lembut dan pastel. Jangan hanya beranggapan warna pembayang mata perlu sedondon dengan warna baju! Cubalah bereksperimen dengan warna.
SUMBER DARIPADA: INTREND, JULAI

2 000 Pengomen Hebat:
tips berguna nihh ^^ thanks.
@vendettatraveller welcome dear :) nnti singgah la lagi :)
Post a Comment